• KPI 100%
Trendy:

ImageImage
 
MELAKA, 20 FEBRUARI 2011 - Sambutan Maulidur Rasul 1432H Negeri Melaka sememangnya amat signifikan dan memberi seribu erti kepada umat Islam khususnya warga PMK. Umat Islam bukan sahaja dituntut untuk mengenang kembali sirah kelahiran Baginda SAW malah digesa untuk menjadikan Baginda SAW sebagai ikon cinta yang sebenar di dalam agama ini. Selain perarakan sambutan Maulidur Rasul yang sertai oleh kontijen PMK, Kumpulan Dian PMK juga diundang bersama Raihan memeriahkan lagi Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul yang diadakan di perkarangan Kompleks Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
 
Image Image
Membuka tirai persembahan, Dian membawa dua lagu terbarunya iaitu Inang Kasih Berbudi dan Rabiulawwal. Para tetamu dan pengunjung yang memenuhi segenap ruang khemah yang disediakan bukan sahaja kelihatan terhibur dengan lagu yang dipersembahkan malah bersama menghayati pengisian yang disampaikan oleh ahli kumpulan Dian tersebut.
Image
Kemuncak persembahan, para tetamu yang hadir kelihatan terpaku seketika sambil menundukkan kepala dan kelihatan di kelopak mata mereka bergenang air mata bila mana Dian membawa lagunya yang terakhir, hasil ciptaan lirik dan lagu vokalis kumpulan tersebut iaitu Afham Zulhusmi yang berjudul Suluh Hati. Mesej cinta rasul yang di bawa oleh Dian ini tidak terhenti di Malam Sinar tersebut malah mendapat undangan eksklusif sejurus tamat persembahan oleh penerbit Melakafm, Asrul sebagai juru hebah untuk ke udara bersamanya bermula jam 2.30 hingga 4 petang pada Ahad lepas.
Image Image
Peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya ahli kumpualn Dian iaitu Afham dan Ustaz Rosdi untuk berkongsi bersama pendengar radio Melakafm tentang perjalanan Dian dalam memartabatkan industri nasyid tanah air ini hinggalah kepada pelancaran
Album Jabatan Pengajian Politeknik dan Bahagian Promosi Pelancongan Melaka pada 2 April 2011 nanti di Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka.
Image
 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11724701
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5506
14917
5506
11611815
353449
349055
11724701

Your IP: 10.24.1.254
2020-03-29 11:20
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email