• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh Haizal Bin Mohd Hamzah

 

 

 

Politeknik Kota Melaka, 22 April 2010 ‚Äď Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan kerjasama ULPL¬† telah menjalankan satu Pertandingan Inovasi Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbentuk Multimedia yang telah berlangsung pada 21 ‚Äď 22 April 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Kota Melaka.

 

Image

 

 

Disediakan oleh Mohd Farizzal bin Dolah Muhamad

Masjid Tanah, 18 April 2010; Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bhg. Negeri Melaka telah menganjurkan Pertandingan Silat Remaja & Dewasa Rakan Muda terbuka untuk pesilat yang berdaftar di bawah PSSGM sahaja.

Image
 
 

Pasukan Silat Politeknik Kota Melaka telah melakar kejayaan dalam pertandingan ini yang juga merupakan slot pemilihan pelapis negeri Melaka dalam kejohanan silat yang lebih berprestij seperti SUKMA. Pencarian pesilat pelapis dalam pra-SUKMA ini tidak disia-siakan begitu sahaja oleh PKM dengan menghantar 10 orang pesilat dari beberapa kategori yang dipertandingkan.


Image

Hasilnya, pesilat-pesilat ini tidak pulang dengan tangan kosong dengan merangkul 3 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Kemenangan pingat emas adalah datangnya dari Mohd Amin bin Yaacob dalam kelas B putera (50-55kg), M Hatta Azaad Firdaus bin Ishak bagi kelas K putera (lebih 95kg) dan menerusi Siti Hasmah bt Mohd Nordin untuk kelas A puteri (45-50kg). Pingat perak pula disumbangkan oleh Nor Hafiz bin Ahamad Baharudin bagi kelas D putera (60-65kg) dan Mohd Khairuldin bin Sharif untuk kelas A putera (45-50kg). Gangsa disumbang oleh Wan Md Hasfizi bin Wan Rosly dalam kelas C putera (55-60kg).


ImageImage

Persaingan pada peringkat separuh akhir dan akhir rata-rata dikuasai oleh pesilat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Politeknik Kota Melaka. Kemenangan emas ini sebenarnya menunjukkan bahawa pesilat dari Majlis Sukan Politeknik (MSP) juga sebenarnya setanding dengan pesilat-pesilat MASUM. 

Kejayaan merangkul pingat dalam kejohanan ini dilihat mampu memberikan motivasi baru kepada pesilat PKM dalam menerajui kejohanan MSP pula selepas ini. Sokongan dari Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKM sememangnya memberi perangsang utama untuk kejayaan ini. Siapa tahu, dengan kejayaan pasukan silat ini mampu menaikkan lagi kedudukan PKM dalam sistem ranking Politeknik Malaysia? Majulah Sukan Warisan Untuk Semua.

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11724389
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5194
14917
5194
11611815
353137
349055
11724389

Your IP: 10.24.1.254
2020-03-29 10:25
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email