• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh Siti Aishah Bt Hanis

 

ImageImage

Malim,Melaka 24 Nov 2010 ‚Äď Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah mengadakan Kursus Outcome Based Education (OBE) pada 09 Nov 2010 bertempat di Bilik Persidangan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka.

Disediakan oleh NORSHIMAH BT ARIFFIN

 

Berikut adalah petikan berita yang diperolehi dari Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Disember 2010. Sehubungan itu, Pengarah ingin mengingatkan semua Pelajar, Pensyarah dan Staf Politeknik Melaka agar berhati-hati ketika mengendalikan sebarang peralatan elektrik dan Mesin  ketika berada di dalam kawasan Politeknik Melaka atau di tempat lain.

SAMARAHAN 14 Dis - Seorang pelatih Politeknik Kuching maut manakala seorang lagi parah setelah tersepit di dalam mesin pemisah tandan kelapa sawit milik Felcra di kilang pemprosesan tanaman itu di Kampung Endap, di sini hari ini.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika dua pelatih yang mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal itu sedang memperbaiki mesin berkenaan.

Bagaimanapun, seorang pekerja lain yang tidak menyedari kehadiran kedua-dua pelatih tersebut telah menghidupkan mesin itu mengakibatkan mangsa tersepit.

Mohd. Norizwan Hossen,19, dari Kampung Muara Tuang meninggal dunia di tempat kejadian setelah terperangkap di dalam mesin berkenaan dari paras pinggang ke bawah kira-kira 1 jam.

Rakannya, Aldrif Fazrul, 19, yang berasal dari Miri pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, dua pelatih itu baru memulakan pembelajaran mereka kira-kira dua minggu lalu.

"Polis masih menyiasat lanjut kes itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, jenazah Mohd. Norizwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Muara Tuang, kira-kira pukul 4 petang ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kilanh tersebut mendapati, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengarahkan premis berkenaan ditutup berkuat kuasa serta merta.

Difahamkan, selain mangsa dan rakannya, terdapat tujuh pelatih lain yang menjalani latihan di kilang tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia, 15 Disember 2010

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11842122
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5700
10480
37358
11719195
84691
386179
11842122

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-08 12:59
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email