• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh NORSHIMAH BT ARIFFIN

 

Image

Bukit Katil, Melaka - 5 Okt 2010 - Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka  di Bukit Katil menjadi tempat kunjungan  keempat  Encik Mohd Hatta bin Zainal, Pengarah Politeknik Melaka (PMK) dalam rangka kunjungan hormat beliau  menjalinkan hubungan erat dengan jabatan / agensi kerajaan  lain khusus dalam mewujudkan hubungan dua hala yang mampu membawa kebaikan  kedua-dua belah pihak.

 

ImageImage

Ketibaan Pengarah PMK sememangnya ditunggu-tunggu oleh Pengarah Bomba,PPJB Hj. Zainudin bin Md Alip yang baru 2 bulan memikul tanggungjawab tersebut bersama Tuan Ramli Abu Bakar, Pegawai Perhubungan Awam di sana. Dalam kunjungan ini,  perbincangan lebih berkisarkan kepada cara-cara untuk meningkatkan tahap kualiti keselamatan di Politeknik Melaka terutama yang membabitkan nyawa staf dan pelajar PMK.

Image Image

Image Image

Menurut Tuan Zainudin, "Pihak Bomba tidak mempunyai masalah untuk menjalankan tugas-tugas pemantauan bagi memastikan PMK senantiasa mengamalkan kawalan keselamatan  berkesan khusus  dalam menangani sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran".

Image Image

"Dengan cara ini, pihak bomba boleh mengesan sebarang kelemahan ciri-ciri  keselamatan seperti alat pemadam api , fungsi tangga kecemasan dan seterusnya memberi khidmat nasihat menambahbaik sebarang keperluan yang difikirkan mampu mengurangkan risiko kehilangan harta benda dan nyawa". katanya lagi.

Turut hadir mengiringi Pengarah adalah Tuan Hj. Mohamad Salleh Abdullah bersama Puan Siti Ramlah Ahmad dan Puan Norshimah Ariffin.

Image Image

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11761689
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4258
10874
42494
11611815
4258
386179
11761689

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 09:16
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email