• KPI 100%
Trendy:

Written by NORSHIMAH BT ARIFFIN

 

Image

Ayer Keroh, 3 Nov 2010 ‚Äď Kesibukan Bandar Melaka pada minggu lepas ditambah dengan keriuhan cendiakawan-cendiakawan politeknik daripada seluruh pelusuk Malaysia bagi menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik (AKEPP) anjuran bersama Politeknik Melaka dan Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar,¬† Jabatan Pengajian Politeknik.


ImageImage

Delegasi-delegasi ini tiba di D’Village Resort, Ayer Keroh, Melaka seawal jam 3 petang pada 22 Oktober telah disambut meriah oleh tuan rumah, Politeknik Melaka. Hampir 250 orang calon  pelajar  daripada 27 buah politeknik seluruh Malaysia hadir bagi memeriahkan Majlis berprestij tersebut.

ImageImage

Pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak penganjur kepada pelajar-pelajar . Pada malam pertama di Melaka, mereka telah dibawa ke Sungai Melaka dengan menaiki 4 buah bas untuk menyusuri¬† Sungai Melaka yang kini ibarat ‚ÄúVenice‚ÄĚ. Kawalan dan pemantauan pelajar-pelajar ini telah dilaksanakan dengan baik oleh barisan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Melaka untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Sewaktu menyusuri Sungai Melaka, mereka sememangnya kagum dan tertarik dengan rekabentuk serta idea yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka khusus memajukan Melaka sebagai destinasi pelancongan apabila melihat keindahan malam bandar Melaka yang sengaja di‚ÄĚhidupkan‚ÄĚkan dan selain tempat-tempat bersejarah sedia ada seperti¬† Kampung Morten.

ImageImage

Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung tradisional orang Melayu Melaka terletak di tengah-tengah kesibukan Bandar Melaka . Program mengindah serta menstruktur kembali keadaan rumah orang-orang kampong ini  dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Melaka dalam usaha mengekalkan keindahan dan keaslian ciri-ciri Rumah Melayu Melaka. Keghairahan dan kegirangan dapat dilihat pada wajah setiap peserta apabila melihat keindahan panorama tersebut.

Menurut salah¬† seorang calon anugerah, Nurul Nadiah pelajar dari Politeknik Port Dickson (PPD), ‚ÄúSaya pernah¬† ke Melaka 3 tahun lepas tetapi keadaan dulu tak secantik, sebersih dan seindah kini. Pada saya, Melaka kini telah berubah 100%‚ÄĚ

Image

Keesokan harinya, para pelajar ini turut dibawa melawat sekitar Bandar Melaka melalui Program Khas yang diberi nama ‚ÄėJejak Sejarah Melaka (JERAM)‚Äô. Mereka telah dibawa melawat ke pelbagai jenis muzium seperti Muzium Tentera Malaysia yang
menempatkan pelbagai jenis replika kapal dan senjata yang pernah dan sedang digunakan askar Malaysia,  Muzium Kapal Portugis dan Bangunan Merah.

Menurut Puan Ati Arini, Pengarah Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik 2010 “Kedatangan pelajar-pelajar ini bukan sahaja untuk menghadiri Majlis tetapi juga memberi peluang kepada mereka bersiar-siar di sekitar kawasan negeri
Melaka dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dalam negara mengunjungi Melaka‚ÄĚ .

‚ÄúMalahan Program yang diadakan ini perlu dan patut diteruskan pada masa hadapan kerana ia dapat menambah pengetahuan mengenai¬† Negeri Melaka dan seiring dengan matlamat¬† ‚ÄėMelaka Maju 2010‚Äô memperkenalkan tempat-tempat bersejarah kepada pelancong luar dan dalam negara kerana kedatangan mereka sudah pasti akan membantu perkembangan lebih pesat tahap ekonomi negeri‚ÄĚ katanya lagi.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11762882
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5451
10874
43687
11611815
5451
386179
11762882

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 11:59
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email