Trendy:

Disediakan oleh NORSHIMAH BT ARIFFIN

Image
 
Ampang, 8 Mei 2010 - Pertandingan Peringkat Akhir Silat Olahraga Zon Tengah baru-baru ini yang diadakan di Puteri Park Plaza, Ampang menyaksikan satu-satunya wakil Politeknik Kota Melaka (PKM), Mohd Amin bin Yaacob, kelas B putera, berjaya merangkul pingat emas dengan menewaskan wakil peserta silat pilihan dari Wilayah Persekutuan.

 

 

Image

 

 

Kejayaan membanggakan ini bukan sahaja menaikkan nama PKM tetapi juga mengharumkan nama Persatuan Seni Silat Gayong Negeri Melaka.

Image

Image

Malahan kemenangan ini juga telah mencuri tumpuan pelbagai pihak khususnya dari Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (Kebangsaan) yang secara peribadi mengucapkan tahniah melalui setiausahanya di samping memuji corak pertahanan dan serangan yang ditunjukkan oleh Mohd Amin, pelajar semester kedua dari Jurusan Kejuruteran Awam ini sejurus selepas pertandingan berakhir.

"Kalau diperhatikan pada peringkat permulaan, dia dilihat mengambil langkah terlalu berhati-hati namun mengubah strategi perlawanan selepas saringan berikutnya" menurut Jurulatih Mohd Amin, Puan Mariam binti Bujang.

ImageImage

Kata beliau lagi "berkat latihan yang dijalankan selama ini, beliau berhasil melakukan serangan bertubi-tubi dan akhirnya berjaya menjatuhkan pihak lawan".

ImageImage

Kemenangan di sudut biru 3-2 menyaksikan kehebatan pesilat ini bukan mainan malahan ia lanjutan kejayaan merangkul pingat emas baru-baru ini dalam pertandingan Silat Remaja & Dewasa Rakan Muda terbuka anjuran Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bhg.Negeri Melaka bersama-sama dua lagi rakan seperjuangannya.

Image Image

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa Politeknik Kota Melaka kini bukan sahaja mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademiknya tetapi juga mampu mengeluarkan pesilat-pesilat muda yang berbakat besar .

Image Image Image

SYABAS! sekali lagi kepada semua pesilat muda kita!!!

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12643317
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1660
13408
75309
12474661
63910
474455
12643317

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-06 03:14
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email