Trendy:

Disediakan oleh Ustaz Mohd Rosdi Ripin

 

 

 

ImageImage
POLITEKNIK MELAKA, 27-28 Mac 2010- Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian, Politeknik Melaka buat kali kelimanya telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah: Teori dan Amali bertempat di Kampus Politeknik Melaka.
 
Seramai 536 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester dua telah berjaya mengikuti kursus tersebut dengan jayanya. Matlamat utama diadakan kursus ini ialah untuk melatih dan memberi pengetahuan kepada para peserta tentang tatacara menguruskan jenazah sehinggalah kepada pengurusan tanah perkuburan. Kursus ini juga dilaksanakan serentak dengan sesi praktikal menguruskan jenazah daripada awal hinggalah kepada cara kedudukan jenazah di dalam liang lahad. Penglibatan beberapa orang di kalangan peserta sebagai model mayat supaya praktikal dilihat seperti keadaan sebenar adalah langkah Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan bagi membantu pelajar memahami setiap kursus yang diajar. Penganjuran kursus seperti ini dilihat mampu menggarap lagi pembangunan sosial khususnya untuk generasi muda yang menggabungkan aktiviti pembangunan minda, kecergasan fizikal dan pembangunan rohani secara bersepadu bagi melahirkan pelajar dan belia yang bertanggungjawab, bebas dari pengaruh dan perlakuan negatif. Pihak Politeknik Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada dua penceramah jemputan iaitu Y.Bhg. Ustaz Rosli bin Sairan dan Y.Bhg. Ustazah Rosnah binti Ahmad daripada Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN), Kem Terendak, Melaka dan semua ahli jawatankuasa program serta pensyarah-pensyarah yang terlibat sebagai fasilitator kerana dapat melaksanakan kursus ini dengan jayanya.

 

 

 

ImageImage

ImageImage

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12640932
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
12683
12442
72924
12474661
61525
474455
12640932

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-05 22:42
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email