• KPI 100%
Trendy:

Image

27 Okt 2009, MELAKA ‚Äď Bahagian Kebajikan Pelajar, Sektor & Jabatan Pengurusan Politeknik akan menganjurkan Seminar Peringkat Zon Selatan iaitu Seminar Akta 174 Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Zon Selatan.Seminar ini akan dikendalikan oleh pihak Pengurusan Politeknik Kota Melaka selama 3 hari 2 malam bermula pada 30 Oktober sehingga¬† 1 November 2009 bertempat di Puteri Resort , Ayer Keroh , Melaka . Objektif utama seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) mengetahui, memahami dan mematuhi peraturan Akta 174.
Selain daripada itu, mereka juga dapat mengetahui implikasi-implikasi sekiranya pelanggaran¬† peraturan & perlaksanaan hukuman terhadap perlanggaran peraturan Akta 174 berlaku disepanjang tempoh pengajian di sini . ‚ÄúSeminar ini akan melibatkan penyertaan seramai 137 orang peserta yang terdiri daripada ahli JPP & Pegawai Hal Ehwal Pelajar ( PHEP ) sendiri‚ÄĚ menurut Puan Ati Arini binti Salim selaku Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Melaka.

 

POLITEKNIK KOTA MELAKA, 6 April 2009- Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan  Unit Latihan Pendidikan Lanjutan telah menjalankan Kursus Asas Pendawaian diperingkat komuniti dengan jayanya sepanjang 2 hari iaitu 4 -5 April 2009.
Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat sekeliling Politeknik Kota Melaka dan staf Politeknik Kota Melaka. Kursus ini dikendalikan oleh pensyarah Politeknik Kota Melaka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendawaian iaitu En. Sahzali Bin Mohd Ramli.
Para peserta diberi pendedahan asas pendawaian iaitu pemasangan lampu kalimantang, pemasangan lampu dikawal suis satu hala dan juga dua hala, soket 3 pin 13Amp dan lain-lain lagi.
Pendedahan tersebut melibatkan pembelajaran secara teori dan juga amali. Bagi memantapkan lagi  asas pendawaian, para peserta diberi tugasan dan juga latihan dalam bentuk amali secara berkumpulan yang diwakili 2 atau 3 orang dalam setiap kumpulan.
Para peserta berpuashati dengan pengisian kursus yang dijalankan, dimana ia satu pengalaman baru kepada semua peserta dan boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.  Kursus ini akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi meningkatkan pembangunan modal insan.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11869297
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
9427
12226
64533
11719195
111866
386179
11869297

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-10 19:05
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email