• KPI 100%
Trendy:

Melaka, 23 Julai 2008 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Melaka merupakan destinasi seterusnya bagi program lawatan hubungan kerjasama.

 

Image

 

Politeknik Kota Melaka telah mengada lawatan hubungan kerjasama dua hala ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka pada 22 Julai 2008 bertempat di Aras bawah, Menara MITC, Ayer Keroh Melaka. Lawatan tersebut telah disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah dan beberapa staf SSM.

 

 


Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Perniagaan merupakan sebuah organisasi yang bertaraf badan berkanun dan telah bertukar kepada SSM pada 16 April 2002. Antara fungsi utama SSM ialah bertanggungjawab ke atas individu atau pihak syarikat yang ingin mendaftarkan syarikat dan perniagaan mereka. Jenis-jenis syarikat/perniagaan yang boleh didaftarkan adalah seperti pemilikan tunggal, perkongsian,
syarikat (Awam, Persendirian,Yayasan), 'Twin-Sharing', 'Club-Golf' dan 'Memorial'. 

Berdasarkan  falsafah "Today input is tomorrow output" pihak SSM Negeri Melaka telah berjaya menambahkan pendapatan syarikat dari RM 7.5 juta pada tahun 2005
kepada RM 9.9 juta pada tahun 2007. Manakala pada tahun 2008, pihak SSM
mensasarkan pendapatan  sebanyak RM 10.5 juta.

 

Delegasi PKM juga telah diberi taklimat dengan lebih jelas tentang fungsi dan peranan SSM oleh Pengarah SSM Melaka iaitu En. Rashidan Bin Abd Rashid. Perbincangan juga telah diadakan khususnya di dalam perkara-perkara yang memanfaat kedua-dua pihak antaranya ialah mendapatkan penceramah atau pensyarah jemputan dari SSM serta urusan 'student industrial training  attachment'.

 

 

 

Image Image

 

Selain Pengarah PKM, lawatan juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Perdagangan dan Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri selaku urusetia program. Pihak PKM merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SSM.

 

 

 

Image Image
Image

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11762181
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4750
10874
42986
11611815
4750
386179
11762181

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 10:21
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email