Trendy:

DIsediakan oleh Wan Mohd Tarmizi Bin Wan Othman
 

ImageImage

 

 

 

 

 

Pulau Gadong, 8 Jun 2007 – Bersempena dengan majlis perasmian Festival kampus Hadhari, Politeknik Kota, Melaka dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Melaka dan Japerun Paya Rumput telah berjaya menganjurkan Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam yang menampilkan artis popular tanahair iaitu kumpulan Rabbani, penyanyi nasyid solo yang baru mencipta nama Mu’adz disamping beberapa persembahan mantap dari kalangan warga PKM sendiri iaitu kumpulan Sautul Itqan dan penampilan istimewa seorang pelajar Politeknik yang telah menjadi naib johan bintang P. Ramlee Peringkat Kebangsaan, Saudara Fazli.
 
Konsert ini dimulakan dengan ucapan perasmian penutup oleh ADUN Paya Rumput, Datuk Tahir Hassan. Pada awal persembahan, penonton dihidangkan dengan suara mantap oleh Ustaz Asri dengan lagu-lagu dari album kumpulan Rabbani. Padang Serbaguna Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong terus bergegar dengan persembahan penuh semangat oleh Mu’adz yang membawa lagu-lagu rancak menggunakan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagai lirik dalam nyanyiannya.

 
ImageImage
 
Kemunculan kumpulan Sautul Itqan di atas pentas turut berjaya menarik perhatian penonton dengan 2 buah lagu iaitu "Selawat Junjungan" dan "Bersatu Menuju Wawasan". Persembahan turut diselangi dengan pentomin oleh Saudara Fazli daripada filem "Anakku Sazali" dan turut menyampaikan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee, "Berkorban Apa Saja".

 
ImageImage
 
Kumpulan Rabbani memberi peluang kepada penonton untuk bersama mendendangkan lagu popular kumpulan ini, "Intifadha" dan "Pergi Tak Kembali". Diakhir persembahan mereka, Kumpulan Rabbani, Mu’adz, Kumpulan Sautul Itqan dan Saudara Fazli menutup persembahan mereka dengan satu lagu nostalgia ”Teman Sejati” yang pernah di popularkan oleh kumpulan Brothers dengan susunan muzik yang baru.

 
Image
 
Kepuasan pihak penganjur terus terpamer di wajah para jawatankuasa yang terlibat hingga ke akhir konsert ini dengan komitmen yang diberikan oleh artis yang terlibat walaupun kehadiran penonton agak dingin pada awalnya. Walau bagaimanapun konsert kali ini semestinya akan memberikan satu kelainan kepada para penonton dari segi konsep persembahan dari awal hingga ke akhir majlis.
 

Disediakan oleh Wan Mohd Tarmizi Bin Wan Othman

 

Politeknik Kota, Melaka, 02 Jun 2007 – Politeknik Kota, Melaka telah berjaya menganjurkan Pertandingan Syarahan Agama Peringkat IPT Negeri Melaka yang diadakan sempena Festival Kampus Hadhari 2007. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk menegakkan syiar Islam di samping untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikiran dengan matang dan kreatif.

 

Disediakan oleh Ahmad Syukri Mohamed Yunus

 

ImageImage
 
Melaka, 01 Jun 2007 – Seramai 250 orang jemputan telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Kota, Melaka Kali Ke 3 yang telah diadakan di Hotel Orkid . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Datuk Latiff Bin Datuk Tamby Chik. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik serta bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dalam majlis tersebut, seramai 88 orang penerima Anugerah Senarai Ketua Jabatan telah menerima sijil dan cenderahati masing-masing. Kategori anugerah lain adalah Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Bistari, Anugerah Kepimpinan, Anugerah Pelajar Aktif, Anugerah Emas serta Olahragawan dan Olahragawati.

 

 Maklumat Pendaftaran siswa Baru Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

 Maklumat Pendaftaran siswa Senior Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

Jabatan Pembanguan dan Hal Ehwal Pelajar

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

13092857
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7797
12463
69927
12936220
121309
392141
13092857

Your IP: 10.24.1.254
2020-07-10 15:07
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email