• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh MOHD SAIFUL BIN TAMBY

 

Melaka, 13 Ogos 2007 ‚Äď Kursus Protokol dan Etiket Sosial (CPCM 2007) anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PKM telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari 3 malam iaitu pada 7 hingga 10 Ogos 2007 bertempat di Bilik Putera Puteri, Hotel Bayview, Melaka. Menurut Pegawai Latihan Politeknik Kota Melaka, "kursus ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti zon selatan". Para penceramah dijemput khas dari Budiman & Research Sdn. Bhd yang terdiri daripada Tn. Hj. Ja‚Äôafar Sidek yang bertanggungjawab untuk modul protokol dan manakala, Pn. Yasmin Siddik pula bertanggungjawab untuk modul etiket pada kursus berkenaan.
Di akhir kursus, para peserta telah diberi sijil penyertaan dan juga cenderahati oleh pihak penganjur. Sijil dan cenderahati berkenaan telah disampaikan oleh Pn. Halimah Binti Mat Desa, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam yang mewakili Pengarah PKM. Bahkan, rata-rata para peserta berpuashati dengan kursus yang telah dijalankan ini.

Disediakan oleh Fatimah Arfa binti Aman

 

Image
 
Port Dickson,14 Ogos 2007 ‚Äď Kem Kepimpinan Pelajar Sesi Julai 2007 Politeknik Kota, Melaka telah diadakan di Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10 hingga 13 Ogos 2007. Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar(KUHEP), En. Abdul Razak bin Sabtu berkata, kem seumpama ini diadakan buat kali keempat. Objektif program adalah bagi memberi kemantapan personaliti kepada semua exco JPP dan pemimpin-pemimpin persatuan dan kelab. katanya,"Penerapan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan dan pemupukan semangat ‚ÄėTeam Building‚Äô di kalangan Exco JPP amat penting ke arah mencetuskan idea-idea konkrit serta memahirkan mereka dalam pengurusan majlis . Selain daripada itu, program ini juga digunakan untuk mereka merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Sesi Julai 2007."

ImageImage

 

 

 

ImageImage
Program ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), pemimpin-pemimpin Persatuan Pelajar Jabatan dan kelab. Exco-exco JPP adalah terdiri daripada 20 orang calon yang telah memenangi Pilihanraya Kampus pada 31 Julai yang lepas. Turut dilantik adalah 4 orang Pengerusi Persatuan Pelajar Jabatan dan seorang telah dipilih secara lantikan.

Pemilihan barisan exco JPP bagi Sesi Julai 2007 telah dilaksanakan dalam suasana harmoni secara musyawarah. Saudara Mohd Ramdan Bin Hamidun, pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih dengan undi majoriti bagi memegang jawatan Yang Dipertua. Di antara pengisian program ini ialah sesi ceramah berkaitan pengurusan majlis, kaedah berorganisasi meliputi penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan, pengendalian mesyuarat, aktiviti fizikal, praktikal dan pembentangan projek. Keseluruhan program ini telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada En. Abdul Razak bin Sabtu, En. Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus, Ust Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman dan En. Zahari bin Taslim.

Sementara itu, Dr. Arshad Bin Kassim, Pengarah Politeknik Kota, Melaka dalam ucapan perasmian penutup telah menggalakkan pelajar menimba seberapa banyak ilmu berkaitan ‚Äėsoftskill‚Äô agar dapat menjadi sebahagian modal insan yang diperlukan oleh negara. Justeru, beliau berharap semua exco dan pemimpin kelab pelajar diharapkan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar kelas yang mampu memberikan mereka nilai tambah (‚Äėadded value‚Äô) yang sangat berguna dalam memenuhi permintaan pasaran pekerjaan kelak. Beliau juga berharap agar barisan exco dapat menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka.

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11829594
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3652
10592
24830
11719195
72163
386179
11829594

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-07 08:38
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email