Trendy:

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikutan peningkatn kes COVID-19 di beberapa daerah di negara ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengarahkan semua IPT menangguhkan dahulu urusan kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah. Sehubungan dengan itu, siswa/siswi PMK daripada zon merah ditangguhkan pengajaran sehingga keadaan pulih dan akan diberitahu kelak. Walaubagaimanapun  siswa/siswi bukan daripada zon merah akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran bermula 5 Oktober 2020 (Isnin). Sebarang pertanyaan, sila hubungi JHEPP, Politeknik Melaka di talian, 06-3376058.

 

Sila rujuk surat yang disertakan dibawah untuk panduan dan makluman semua. 

 ->  Surat Arahan Kembali ke Kampus bagi pelajar peringkat Diploma dan Sijil Politeknik Sesi Jun 2020

 
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

Disediakan oleh MOHD SAIFUL BIN TAMBY

 

PKM, 3 Ogos 2007 - Pada 2 hingga 3 Ogos 2007, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan bersama dengan Jabatan Matematik dan Sains Komputer telah menganjurkan Kursus Customized Teknologi Komputer (PC Maintenance) bertempat di makmal komputer 1, PKM. Kursus ini disertai seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada staf PKM. Selain itu, tenaga pengajar pula didatangkan dari Institut Latihan Perindustrian (ILP), Mersing. Kursus ini antara lain memberi pendedahan kepada peserta tentang pengenalan kepada komputer, pemasangan komputer, pemasangan perisian, penyelenggaraan komputer dan juga cara untuk mengesan kerosakan komputer. Dengan adanya kursus seperti ini ianya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang perkomputeran terutama tentang pemasangan dan penyelenggaraan serta secara tidak langsung peserta dapat mengaplikasikannya semasa di pejabat atau di rumah ketika perlu. Di akhir kursus, rata-rata para peserta berpuas hati dengan kursus yang diadakan dan mulai berkeyakinan untuk mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi di dalam kursus berkenaan.

 

 

Disediakan oleh MOHD SAIFUL BIN TAMBY

 

Melaka, 13 Ogos 2007 ‚Äď Kursus Protokol dan Etiket Sosial (CPCM 2007) anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PKM telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari 3 malam iaitu pada 7 hingga 10 Ogos 2007 bertempat di Bilik Putera Puteri, Hotel Bayview, Melaka. Menurut Pegawai Latihan Politeknik Kota Melaka, "kursus ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti zon selatan". Para penceramah dijemput khas dari Budiman & Research Sdn. Bhd yang terdiri daripada Tn. Hj. Ja‚Äôafar Sidek yang bertanggungjawab untuk modul protokol dan manakala, Pn. Yasmin Siddik pula bertanggungjawab untuk modul etiket pada kursus berkenaan.
Di akhir kursus, para peserta telah diberi sijil penyertaan dan juga cenderahati oleh pihak penganjur. Sijil dan cenderahati berkenaan telah disampaikan oleh Pn. Halimah Binti Mat Desa, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam yang mewakili Pengarah PKM. Bahkan, rata-rata para peserta berpuashati dengan kursus yang telah dijalankan ini.

Disediakan oleh Fatimah Arfa binti Aman

 

Image
 
Port Dickson,14 Ogos 2007 ‚Äď Kem Kepimpinan Pelajar Sesi Julai 2007 Politeknik Kota, Melaka telah diadakan di Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10 hingga 13 Ogos 2007. Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar(KUHEP), En. Abdul Razak bin Sabtu berkata, kem seumpama ini diadakan buat kali keempat. Objektif program adalah bagi memberi kemantapan personaliti kepada semua exco JPP dan pemimpin-pemimpin persatuan dan kelab. katanya,"Penerapan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan dan pemupukan semangat ‚ÄėTeam Building‚Äô di kalangan Exco JPP amat penting ke arah mencetuskan idea-idea konkrit serta memahirkan mereka dalam pengurusan majlis . Selain daripada itu, program ini juga digunakan untuk mereka merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Sesi Julai 2007."

ImageImage

 

 

 

ImageImage
Program ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), pemimpin-pemimpin Persatuan Pelajar Jabatan dan kelab. Exco-exco JPP adalah terdiri daripada 20 orang calon yang telah memenangi Pilihanraya Kampus pada 31 Julai yang lepas. Turut dilantik adalah 4 orang Pengerusi Persatuan Pelajar Jabatan dan seorang telah dipilih secara lantikan.

Pemilihan barisan exco JPP bagi Sesi Julai 2007 telah dilaksanakan dalam suasana harmoni secara musyawarah. Saudara Mohd Ramdan Bin Hamidun, pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih dengan undi majoriti bagi memegang jawatan Yang Dipertua. Di antara pengisian program ini ialah sesi ceramah berkaitan pengurusan majlis, kaedah berorganisasi meliputi penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan, pengendalian mesyuarat, aktiviti fizikal, praktikal dan pembentangan projek. Keseluruhan program ini telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada En. Abdul Razak bin Sabtu, En. Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus, Ust Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman dan En. Zahari bin Taslim.

Sementara itu, Dr. Arshad Bin Kassim, Pengarah Politeknik Kota, Melaka dalam ucapan perasmian penutup telah menggalakkan pelajar menimba seberapa banyak ilmu berkaitan ‚Äėsoftskill‚Äô agar dapat menjadi sebahagian modal insan yang diperlukan oleh negara. Justeru, beliau berharap semua exco dan pemimpin kelab pelajar diharapkan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar kelas yang mampu memberikan mereka nilai tambah (‚Äėadded value‚Äô) yang sangat berguna dalam memenuhi permintaan pasaran pekerjaan kelak. Beliau juga berharap agar barisan exco dapat menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka.

 

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14176272
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8072
10058
28115
14065558
361590
400598
14176272

Your IP: 10.24.1.254
2020-09-29 16:30
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email