• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh Wan Mohd Tarmizi Bin Wan Othman

 

Gombak, 26 Oktober 2007- Seramai 60 orang pelajar termasuk 7 orang staf Politeknik Kota, Melaka telah menyertai lawatan muhibbah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setibanya di UIA, ahli rombongan terus menuju ke masjid UIA untuk menunaikan solat jumaat serta sempat mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.

 


Image

 

 
Dalam sesi lawatan itu, rombongan dari PKM telah dibawa ke Kulliyyah Kejuruteraan dan mendengar taklimat daripada Timbalan Dekan mengenai bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan di UIAM.

 

 

 

ImageImage

Mereka kemudiannya di bawa ke Bahagian Perhubungan Awam untuk sesi taklimat kemasukan ke UIA sebelum balik ke penginapan untuk berehat. Sebelah malam pula, ahli rombongan dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Taufik Ismail, pensyarah Bahasa Arab UIA yang juga merupakan penceramah di TV9. Hari ke dua lawatan disusuli dengan perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring pelajar-pelajar PKM dengan pelajar-pelajar UIA. Dalam perlawanan tersebut, pihak tuan rumah tidak melepaskan peluang berlawan di tempat sendiri untuk membenam pasukan PKM dalam kedua-dua perlawanan.

ImageImage

Pelajar-pelajar dan staf turut berpeluang mengunjungi perpustakaan UIA dan sempat melawat semua bahagian yang terdapat di perpustakaan tersebut sambil diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas. Sebelum pulang, rombongan lawatan telah ke Pusat Sains Negara sebagai destinasi terakhir dalam sesi lawatan muhibbah kali ini. Lawatan kali ini berjalan lancar dan para peserta merasa puashati dengan lawatan ini dan berhasrat lawatan-lawatan ke institusi yang lain pula akan diadakan untuk masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11762975
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5544
10874
43780
11611815
5544
386179
11762975

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 12:11
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email