• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh Ahmad Syukri Mohamed Yunus

 

MITC, 10 Sept 2007- Usahawan daripada penuntut Politeknik Kota, Melaka (PKM) muncul johan dalam kategori penyampaian terbaik dalam Pertandingan Promosi Barangan Antara IPT pada Program Gerak Usahawan 2007 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh baru-baru ini. Program tersebut berlangsung selama dua hari dari 8 ‚Äď 9 Sept 2007 itu dianjurkan oleh MeCD, Mara dan Malaysian Event Exhibition Sdn. Bhd. (MEVEK) disertai oleh lebih 30 orang usahawan daripada peringkat Institusi Pengajian Tingi Awam dan Swasta (IPTA/S).

Image
Image

 

 

 

 

ImageImage

ImageImage



Pasukan PKM telah diwakili oleh 10 orang pelajar yang diketuai oleh Mohamad Shahnor Bin Misri dan diselia oleh pensyarah berpengalaman Cik Azean Irdawaty daripada Jabatan Perdagangan PKM. Menurut Cik Azean Irdawaty, penglibatan pelajar dalam program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai selok belok perniagaan sebenar selain dapat mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kelas selama ini.

Selain itu, usahawan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula telah menjadi johan Program Gerak Usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Majlis Penyampaian disempurnakan oleh Datuk Ahmad Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka. Program Gerak Usahawan merupakan program yang menjana keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11724805
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5610
14917
5610
11611815
353553
349055
11724805

Your IP: 10.24.1.254
2020-03-29 11:33
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email