• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh ABD RAZAK MD NOR
ImageImage
PKM, 12 September 2007 - PKM telah berjaya mendapat persijilan daripada Llyod's Register Quality Assurance (LRQA), sebuah badan persijilan antarabangsa secara tidak rasmi. Pengauditan yang telah dilakukan di PKM selama 3 hari telah membuktikan PKM layak untuk dianugerahkan ISO9001:2000 sehari sebelum umat islam mengerjakan ibadahpuasa. Anugerah persijilan daripada LRQA itu amat bermakna kepada warga PKM kerana LRQA adalah sebuah badan persijilan yang bertaraf antarabangsa dan PKM adalah satu-satunya politeknik KPTM yang berjaya mendapatkannya.
 
 
 
Image
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Persijilan ISO9001:2000 adalah satu bentuk pengiktirafan yang diberikan kepada sesebuah organisasi yang mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti(Quality Management System) yang berkesan.Semua politeknik KPTM telah diarahkan untuk mendapatkan persijilan tersebut secara individu apabila persijilan daripada MAMPU tamat pada 13 Januari 2007 yang lalu.Dengan berbekalkan semangat "Dare to be different" daripada pengarah, Dr. Arshad bin Kassim, PKM telah memilih LRQA untuk mendapat pengiktirafan ISO9001:2000 . Menurut kata, Hazira bte Saleh selaku Pegawai Kualiti Politeknik Kota, Melaka "Saya mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga PKM yang telah memberi komitment yang tinggi dan tidak lupa juga kepada En. Amir Hamzah bin Hanifah daripada ISOWHEEL Sdn. Bhd kerana tidak pernah jemu memberi nasihat dan panduan (berkaitan persijilan ISO) selama ini".
Semasa sesi Penutup pengauditan Tuan Pengarah, Dr Arshad bin Kassim berkata "Beliau berterima kasih kepada semua warga PKM yang memberi kerjasama dalam perlaksanaan berkerja yang berkualiti".Menurut kata beliau "Pengiktirafan ISO ini tidak akan diperolehi jika dua atau tiga orang staf sahaja yang melakukannya, oleh itu kejayaan ini adalah disebabkan semua warga PKM telah melakukan cara bekerja yang berkualiti dan telah berjaya melakukannya". Dengan kejayaan pengiktirafan ISO ini, ianya adalah jalan kearah matlamat yang telah dirancang beliau semenjak mula-mula menerajui PKM pada tahun 2003 lagi. Diantara matlamat beliau ialah, dalam tempoh 5 tahun PKM, insyaAllah akan mendapat anugerah Kualiti Perdana Menteri. Majlis Penyampaian serta pengiktirafan ISO secara rasmi dijangka akan diadakan pada bulan oktober 2007 ini.
 
 
Image

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11762143
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4712
10874
42948
11611815
4712
386179
11762143

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 10:16
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email