Trendy:

Disediakan oleh Fatimah Arfa binti Aman

 

Image
 
Port Dickson,14 Ogos 2007 – Kem Kepimpinan Pelajar Sesi Julai 2007 Politeknik Kota, Melaka telah diadakan di Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10 hingga 13 Ogos 2007. Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar(KUHEP), En. Abdul Razak bin Sabtu berkata, kem seumpama ini diadakan buat kali keempat. Objektif program adalah bagi memberi kemantapan personaliti kepada semua exco JPP dan pemimpin-pemimpin persatuan dan kelab. katanya,"Penerapan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan dan pemupukan semangat ‘Team Building’ di kalangan Exco JPP amat penting ke arah mencetuskan idea-idea konkrit serta memahirkan mereka dalam pengurusan majlis . Selain daripada itu, program ini juga digunakan untuk mereka merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Sesi Julai 2007."

ImageImage

 

 

 

ImageImage
Program ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), pemimpin-pemimpin Persatuan Pelajar Jabatan dan kelab. Exco-exco JPP adalah terdiri daripada 20 orang calon yang telah memenangi Pilihanraya Kampus pada 31 Julai yang lepas. Turut dilantik adalah 4 orang Pengerusi Persatuan Pelajar Jabatan dan seorang telah dipilih secara lantikan.

Pemilihan barisan exco JPP bagi Sesi Julai 2007 telah dilaksanakan dalam suasana harmoni secara musyawarah. Saudara Mohd Ramdan Bin Hamidun, pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih dengan undi majoriti bagi memegang jawatan Yang Dipertua. Di antara pengisian program ini ialah sesi ceramah berkaitan pengurusan majlis, kaedah berorganisasi meliputi penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan, pengendalian mesyuarat, aktiviti fizikal, praktikal dan pembentangan projek. Keseluruhan program ini telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada En. Abdul Razak bin Sabtu, En. Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus, Ust Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman dan En. Zahari bin Taslim.

Sementara itu, Dr. Arshad Bin Kassim, Pengarah Politeknik Kota, Melaka dalam ucapan perasmian penutup telah menggalakkan pelajar menimba seberapa banyak ilmu berkaitan ‘softskill’ agar dapat menjadi sebahagian modal insan yang diperlukan oleh negara. Justeru, beliau berharap semua exco dan pemimpin kelab pelajar diharapkan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar kelas yang mampu memberikan mereka nilai tambah (‘added value’) yang sangat berguna dalam memenuhi permintaan pasaran pekerjaan kelak. Beliau juga berharap agar barisan exco dapat menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka.

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12550161
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6579
17589
75500
12382492
445209
347521
12550161

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-29 13:14
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email