Trendy:

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT, SEREMBAN. 1LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT, SEREMBAN. 2
Seremban - 12 Jan 2012, Kaedah pembelajaran secara OBE di Politeknik Melaka telah mendedahkan pelajar secara langsung kepada suasana sebenar proses perkilangan di Malaysia, satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke kilang Yakult,Seremban. Seramai 91 siswazah Diploma Akauntansi  diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu Puan Mas Nordiana binti Rusli, Puan Noor Azira binti Sawal dan Encik Shahrulnizan Bin Bakar telah berjaya mencapai objektif antaranya suatu usaha bagi memenuhi KPI Politeknik Melaka berkaitan keperluan tenaga pengajar daripada industi. Lawatan  selama 4 jam ini disajikan dengan taklimat ringkas oleh pegawai perhubungan dan sains Yakult , Cik Nur Shamira Binti Mohamed Yasin diikuti dengan  sesi tayangan video interaktif sebelum di hidangkan dengan sampel minuman Yakult percuma kepada pelajar. Seterusnya, kami telah dibawa melihat sendiri proses pembuatan minuman probiotik Yakult dimana proses pembuatan minuman ini dikendalikan sepenuhnya oleh mesin.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT, SEREMBAN. 3LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG YAKULT, SEREMBAN.  4
Hanya 40 orang staf pengeluaran diperlukan dalam membantu proses pengeluaran. Namun begitu, produktivitinya boleh mencecah sehingga 700 ribu botol minuman sebulan yang dapat menampung pasaran di seluruh Malaysia. Sebelum berangkat pulang, jualan minuman Yakult diadakan di perkarangan kilang sebagai tanda penghargaan kepada pelajar dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding di pasaran.
Disediakan oleh: Pn. Noor Azira Syawal dan Pn. Mas Nordiana Hj.Rusli

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12550134
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6552
17589
75473
12382492
445182
347521
12550134

Your IP: 10.24.1.254
2020-05-29 13:12
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email