• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh NORSHIMAH BT ARIFFIN

 

ImageImage

Malim Melaka, 28 Nov. 2010 - Ramai teman bertanya "Berita Majlis Raya hari tu tak ada ker?" Hanya dapat dijawap kepada yang sering melawati laman web Polimelaka "Insyallah ada..lewat saja". Terima kasih kepada yang bertanya kerana amat prihatin dengan keperluan berita-berita sedemikian meskipun bersifat dalaman tetapi amat bermakna bagi sesetengah pembaca.



ImageImage

 

Bertempat di Dataran Politeknik Melaka pada 8 Oktober 2010, Pengarah PMK, Encik Mohd Hatta bin Zainal telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Perhimpunan Bulanan anjuran Unit Pentadbiran dan Unit Teknologi Maklumat. Hampir 90% kakitangan PMK hadir memeriahkan Majlis tersebut yang diserikan dengan pelbagai sumbangan juadah Hari Raya dari Jabatan dan Unit di PMK. Terima kasih di atas komitmen yang ditunjukkan!

ImageImage

Image

Kemeriahan dan kesucian Majlis tersebut kian terserlah apabila menerima kunjungan seramai 50 orang penghuni Rumah Jalinan Kasih, Kelemak Alor Gajah Melaka yang diketuai oleh Puan Faizah binti Dahlan dan beberapa tetamu kehormat iaitu Ketua Balai Polis Malim, Melaka, Tuan Ahmad Hambali Bin Bakar dan Encik Yazid Bin Mohd Tahir, Ketua Balai Bomba Jalan Kubu, Melaka.

ImageImage


ImageImage


ImageImage


Walaupun Majlis tersebut merupakan majlis Politeknik Melaka tetapi acara pentas dikuasai oleh persembahan sebilangan kecil anak-anak Rumah Jalinan Kasih sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjemput mereka bersama-sama meraikan majlis tersebut. Tuan Pengarah turut memberi "duit raya" kepada mereka hasil sumbangan ikhlas seluruh warga Politeknik Melaka yang pemurah dan bersimpati dengan nasib anak-anak ini. Hanya Allah yang dapat memberi serta membalas keberkatan sumbangan ini...Insyallah.

ImageImage

ImageImage

ImageImage


ImageImage

Pada waktu yang sama, Pengarah turut memberi watikah pelantikan baru kepada Encik Mohd Nordin bin Mohd Jani selaku Pengerusi baru Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka menggantikan Encik Ahmad Syukri bin Mohamed Yunus yang telah mengabdikan diri hampir 4 tahun sebagai Pengerusi Kelab tersebut dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah berbakti serta bertungkus lumus menjaga kebajikan warga PMK tanpa rasa jemu selama ini. Kepada ahli jawatan kuasa yang baru...semoga dapat menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

ImageImage


ImageImage

ImageImage


ImageImage


Image
Image

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11794108
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
453
10715
74913
11611815
36677
386179
11794108

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-04 00:51
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email