• KPI 100%
Trendy:

Disediakan oleh NORSHIMAH BT ARIFFIN

 

ImageImage

Bukit Beruang, Melaka - 19 Oktober 2010 -  Kali ini Pengarah mengadakan Kunjungan Kehormatnya yang ke-6 ke pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Yusof bin Hj. Jantan. Selain bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua belah pihak, ia juga merupakan salah satu cara membina ikatan usaha sama yang boleh membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.


ImageImage

Turut mengiringi Tuan Pengarah ke MBMB adalah TP PMK, Tn Hj Shamsudin Abdullah bersama-sama 3 orang pegawai yang lain iaitu Pn. Siti Ramlah bte Ahmad, Puan Teh Kamalia Hasan dan Puan Norshimah Ariffin.

ImageImage

Dalam kunjungan ini, banyak permasalahan lama membelenggu Politeknik Melaka selama ini dibincangkan. Antaranya berkaitan kawasan tempat letak kereta, menjadikan PMK sebagai kawasan selamat untuk staf dan pelajar bergerak, kelulusan pembinaan susur gajah, kemudahan perhentian bas untuk para pelajar dan sebagainya.

ImageImage

Meskipun, pihak PMK tidak mendapat maklum balas mengembirakan hasil perbincangan dengan Datuk Bandar kali ini tetapi beliau bersedia menimbangkan semula permasalah-permasalahan tersebut.

Image

Beliau turut menyarankan agar pihak PMK menghantar surat secara rasmi dengan mengemukakan kembali permasalahan tersebut dan berjanji akan mencuba sedaya upaya membantu kita setelah berbincang dan meneliti permasalahan tersebut dari segala aspek.

 

Image

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11794569
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
914
10715
75374
11611815
37138
386179
11794569

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-04 01:51
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email