25 Mac 2016 (Sabtu), Melaka- Seramai 28 orang pelajar terdiri dari pelajar Relasis dan IPS PMK telah berganding bahu mengecat dinding KIWANIS Down Syndrome Foundation Melaka, JKR 654, Bukit Peringgit, 75400 Melaka sempena program Csr@Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka 2017 anjuran Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka dan Pra Diploma Sains (IPS) Jabatan Matematik Dan Sains, dengan kerjasama Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS), Unit Sukan Politeknik Melaka. Fokus CSR@Kiwanis Melaka 2017 ini adalah untuk mengecat dinding luar Kiwanis Down Syndrome Foundation Melaka (pertubuhan bukan kerajaan) yang telah lusuh supaya nampak ceria dan menarik. Aktiviti ini berlangsung dari jam 8pagi hingga 4petang dengan objektif melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi untuk menyumbang kepada komuniti disamping melatih keterbukaan hati para pelajar untuk menerima kehadiran anak-anak istimewa down sindrom dalam komuniti.Â
Taman Rekreasi Bukit Serindit, Semabok, Melaka - Pada 10 JANUARI 2016 (Selasa) telah berlangsungnya Program Mekanikal Day 2017 yang dikelolakan oleh EXCO MESAC dan telah diadakan di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Jalan Taman Bandaran, Padang Semabok, Melaka yang disertai oleh 200 orang pelajar termasuk Jawatan Kuasa dan Pensyarah JKM. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan semangat kerjasama serta keterujaan pelajar jelas kelihatan dalam setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Melalui program ini, MESAC PMK serta pelajar yang melibatkan diri dapat mengenali antara satu sama lain serta mampu memupuk diri untuk belajar bekerjasama dalam pasukan. Di samping itu juga, program ini telah dapat  mewujudkan pelajar yang berkaliber serta berfikiran kreatif walaupun terdiri daripada semester yang berlainan.
Read more: Program Mekanikal Day 2017 Berjaya Capai Sasaran!
© 2019 Politeknik Melaka
 Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta Politeknik Melaka, No 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim , 75250, Melaka. Tel:06-3376000 Faks: 06-3376007 |
 Sebarang pertanyaan berkaitan portalpmk emelkan kepada : webmaster [@]polimelaka.edu.my. Untuk mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan resolusi 1024 x 768 dan Mozilla, Google Chrome dan ke atas.Paparan terbaik ie adalah ie 11 ke atas.