Trendy:

 disediakan oleh : Rajesh a/p k.m. Rajan

Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 9Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 10
Politeknik Melaka , 9-10 Nov 2011- PMK telah Berjaya menganjurkan Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal bagi sesi Jun 2011. Pertandingan seumpama ini diadakan untuk menilai daya kreativiti dan inovasi pelajar kearah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berketrampilan dengan matlamat merealisasikan transformasi politeknik.
Sebanyak 18 kumpulan telah mengambil bahagian dalam saringan pertama pada 9 Nov 2011 yang melibatkan semua pelajar Semester 1 Diploma Kejuruteraan Mekanikal. 5 kumpulan daripada 18 kumpulan telah dipilih ke saringan kedua. Projek pembentangan dan laporan mereka telah dinilai oleh panel penilai secara adil dan saksama. Antara panel penilai yang terlibat ialah Pn.Anidah Binti Buang, En. Anuar Bin Nordin, En. Mohd Nordin Bin Mohd Jani, Pn. Khairani Binti Yaakub, Tn. Hj Mohamad Salleh Bin Abdullah, dan En. Zulhisyam B.Salleh.


Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 7Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 8
Manakala saringan kedua pula telah diadakan pada 10 Nov 2011 yang melibatkan penyertaan pemenang saringan 1, pelajar DKM Semester 2 dan Semester 3. Kesemua 20 kumpulan telah membentang projek mereka dengan bersungguh-sungguh. Persaingan sengit antara kumpulan-kumpulan yang terlibat ini jelas membuktikan bahawa pertandingan seumpama ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari semua pihak.

Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 5Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 6
Terdapat 9 kategori pemenang terbaik. Berikut adalah senarai pemenang tersebut.
1. Pemenang pembentangan terbaik : Kotak pelbagai guna
2. Pemenang projek inovasi terbaik : Shover wheel
3. Pemenang idea kreatif terbaik : Bicycle rack
4. Pemenang laporan terbaik : Rak telefon
5. Pemenang keseluruhan projek terbaik : Rak telefon
6. Pemenang penyelia projek terbaik : Pn.Nurul Azila binti Omor( rak telefon)
7. Pemenang projek sem1 terbaik : Rak telefon
8. Pemenang projek sem2 terbaik :Tabung duit bergerak
9. Pemenang projek sem3 terbaik : Shover wheel

Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 3Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 20114
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga peserta. Kalah dan menang adalah adat pertandingan. Semoga usaha anda akan berterusan. Kami staf JKM ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf dan pelajar yang terlibat dengan pertandingan ini. Selamat Maju Jaya.

Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 20111Pertandingan Mini Projek Pelajar Diploma bagi sesi Jun 2011 2

 

    Buletin PMK Edisi Jan-Jun 2019

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11002575
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
940
10101
41762
10890081
345073
448044
11002575

Your IP: 10.24.1.254
2020-01-30 02:08
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email