-
Details
-
Written by Super User
Disediakan oleh : Nasriyah binti Adnan

PMK, 2 November 2011 - Unit Keusahawanan PMK yang diterajui oleh En. Saiful Nizam Bin Zakariah telah menganjurkan satu Program Pertandingan Rancangan Perniagaan (RP) pada hari Rabu 2 November 2011. Terdapat enam kumpulan yang bertanding, mereka terdiri daripada 18 orang pelajar yang mengambil kursus Keusahawanan dan Pembangunan Keusahawanan Sesi Jun 2011 iaitu dari kelas DPI 3A &3B, SPP 4A & SKE 4.
Â
Â
Para panel juri terdiri daripada Pn. Zaihan Bt Haron, Pn. Hazira Bt saleh dan Cik Azean Irdawaty Bt Mohamed Yusof.
Â

Â
Johan pertandingan itu dimenangi oleh Kumpulan Lysheay Smart Watch dari kelas DPI 3B di bawah pimpinan Pn. Azlina Bt Daut, Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan MIcrozass Enterprise dari SPP 4A dibawah pimpinan Pn. Zakiah Bt Othman dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Teratak Mahligai Kasih dibawah pimpinan En Sukhimi Bt Mohamad Khidzir.
Â
Semoga dengan adanya pertandingan ini ia dapat menjadi sumber inspirasi bagi semua pelajar Politeknik Melaka untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa akan datang.
Â

Â