-
Details
-
Written by MUHAMAD HAFIZ BIN UMAR
Politeknik Melaka, 12 Oktober 2011 - Unit Perpustakaan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar telah menganjurkan Peraduan Cabutan Bertuah dan Peminjam Terbanyak sepanjang bulan September lalu.
Â
Peraduan yang diadakan di Perpustakaan PMK ini bertujuan untuk menarik para pelajar untuk datang ke perpustakaan di samping menggalakkan mereka menggunakan kemudahan di perpustakaan seperti pinjaman bahan.
Â


Â
Bagi Peraduan Cabutan Bertuah sebanyak 183 penyertaan telah diterima Hadiah telah disampaikan kepada 2 orang pengguna perpustakaan yang bertuah. Pemenang-pemenang Peraduan Cabutan Bertuah adalah:
Cabutan Bertuah Tempat Pertama Syarminey a/p Uloganathan (DAT)
Cabutan Bertuah Tempat Kedua Mohd Izzudin Afiq Bin Abdul Nasir (DJK)
Manakala untuk Peminjam Terbanyak pula pemenangnya adalah Noriasa Binti Saddala (DPI) yang telah meminjam sebanyak 15 bahan sejak semester Jun 2011 bermula.
Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menggalakkan warga PMK untuk datang ke perpustakaan dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan menyeluruh.