Selain itu PMK juga menghantar dua lagi kumpulan yang tidak kurang hebatnya iaitu kumpulan ROCKY FRISBEE dan SUPER FRISBEE. Pelajar-pelajar tersebut ialah Mohd Izwan Bin Othaman, Nor Huda binti Mohd Isa, Mohamad Halim bin Mohamed Diah, , Norazlina Binti Abdul Zabir , Nur Sursyaqeera Binti Misran dan Hazirah Binti Bujang. Penasihat kumpulan Rocky Frisbee ialah En. Nurul Qamar manakala penasihat kumpulan Super Frisbee pula Cik Arni Rahida. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas buat semua warga Jabtan Kejuruteraan Awam yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan produk JKA sendiri dalam bidang yang berkonsepkan inoivasi ini terutama sekali Pn.Halimat Mat Desa selaku Ketua Jabatan JKA dan Ketua Kursus JKA, En. Anuar Bin Nordin. Tahniah kepada pelajar-pelajar ini kerana Berjaya menyahut cabaran rekabentuk Frisbee Konkrit yang mampu bersaing dengan peserta-perserta universiti seluruh Malaysia. Pemenang keseluruhan ICFC 2011 ialah Universiti CURTIN Miri Sarawak, tempat kedua UKM dan tempat ketiga ialah Universiti Teknologi Petronas.