Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
e-Kursus Jangka Pendek   Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Majlis Perwakilan Pelajar   Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Senarai Politeknik   Maklumat Kemasukan/ Bahagian Pengambilan Pelajar
Portal Pelajar Politeknik Melaka   CIDOS
  Kajiselidik Kemudahan Fasiliti      Tatacara Akses Wifi Pelajar PMK  

 

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

Written by Ahmad Syukri Mohamed Yunus

Image

Petaling Jaya, 18 April 2012 ‚Äď Selepas cemerlang pada Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar 13 (MAKP13) pada 13 April lepas dengan menggondol Anugerah Bitara yang diberikan kepada pelajar yang mempunyai kelebihan dan kebolehan yang membanggakan PMK dan boleh dicontohi oleh pelajar lain, Mohd Anil Hakimien Bin Md Yusaini, pelajar semester 6 DKA mengulangi kecemerlangannya dengan dianugerahkan Anugerah Biasiswa GD Express dalam majlis yang diadakan ibu pejabatnya di sini.

ImageImage
ImageImage
Kejayaan Mohd Anil Hakimien ini bermula apabila Jabatan hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) PMK mendapat iklan mengenai biasiswa oleh GD Express ini mewar-warkan iklan tersebut kepada pelajar semester 6 DKA yang merupakan generasi pertama pelajar diploma PMK. Hasilnya seramai 22 orang pelajar telah mengisi borang dan PMK telah menyediakan perkhidmatan bas untuk  para pelajar menghadiri sesi temuduga  pada Selasa 6 mac 2012 yang diadakan di ibu pejabat di Petaling jaya ini.
ImageImage
ImageImage
ImageImage
Majlis ini diserikan lagi dengan kesudian Pengarah Politeknik  Melaka, Puan Rashidah Binti Mustapa untuk menghadiri  majlis tersebut sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi Pengurusan PMK kepada semua aktiviti dan kejayaan diperolehi para pelajar PMK. Lebih membanggakan apabila pelajar PMK ini, Mohd Anil Hakimien merupakan penerima pertama anugerah biasiswa untuk tahap diploma yang mula diperkenalkan pada tahun 2012. Bagi sesi 2012 kali ini, GD Express menganugerahkan biasiswa kepada 3 orang pelajar yang terdiri daripada 2 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA)  dan juga kepada Mohd Anil Hakimien dari PMK.
ImageImage
ImageImage
ImageImage
ImageImage
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah bermula pada jam 5.30 petang dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GD Express iaitu En. Leong Chee Tong yang memberikan penghargaan kepada pelajar yang terpilih setelah melalui beberapa siri ujian seperti Ujian Kecerdasan Matematik dan English, Ujian Komputer dan Sesi Temuduga bersama dengan pengurusan syarikat. Beliau mengingatkan pelajar terpilih sentiasa menghargai pengorbanan keluarga dan para pengajar di institusi masing-masing agar menjadi pelajar yang mengenang budi dan jasa mereka selama ini. Ini kerana, berdasarkan pengalaman beliau, pekerja yang baik dan boleh menjadi aset kepada syarikat biasanya mempunyai nilai-nilai murni seperti di atas.
ImageImage
ImageImage
Menurut rekod, kejayaan Mohd Anil Hakimien ini dibantu dengan hasil rentetan kecemerlangan beliau dalam akademik dan ko-kurikulum sepanjang berada di PMK seperti; -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Anugerah Bitara ‚Äď Sesi Dis 2011 -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Anugerah Senarai ketua Jabatan dari semester 1 ‚Äď semester 3 -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Olahragawan PMK ‚Äď Sesi Jan 2010 -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Johan Futsal Majlis Sukan Politeknik (MSP) 2009 -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Mewakili Johor FC (2010) dan Negeri Sembilan (2011) dalam Liga Futsal Kebangsaan -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Mewakili PMK dalam Liga Bolasepak IPT, Divisyen 3 2012. -¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Mewakili PMK dalam Futsal, Hoki dan Bolasepak
ImageImage
ImageImage
Majlis gemilang  penuh makna tersebut yang dihadiri oleh pengurusan syarikat, penerima biasiswa, wakil IPT serta keluarga masing-masing tersebut telah berakhir tepat jam 7.00 petang selepas jamuan makan malam.
Di kesempatan ini, pihak JHEPP mengudapkan tahian kepada saudara Mohd Anil Hakimien, penasihat akademik beliau, semua penyarah yang mengajar dan membimbing beliau di JKA, JMSK, JPA, Jurulatih bolasepak PMK, Mohd Isah dan Unit Sukan dan Ko-Kurikulum serta semua individu yang membantu semoga kejayaan ini menjadi peransang kepada pelajar PMK yang lain untuk terus aktif dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Imbas QR Code di atas untuk memuat turun Buku Pelan Stategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, Buku Rangka Kerja TVET 4.0,  Buku Informasi Politeknik 2018, Buku Informasi Kolej Komuniti 2018 dan Buku Laporan Tahunan JPPKK.

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

09292650
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4368
16116
54368
9129149
231175
379524
9292650

Your IP: 10.24.1.254
2019-09-18 05:10
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email