Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
e-Kursus Jangka Pendek   Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Majlis Perwakilan Pelajar   Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Senarai Politeknik   Maklumat Kemasukan/ Bahagian Pengambilan Pelajar
Portal Pelajar Politeknik Melaka   CIDOS
  Kajiselidik Kemudahan Fasiliti      Tatacara Akses Wifi Pelajar PMK  

 

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

 

 

Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara Masjid Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara Masjid

 

Muzium Kesenian Islam Malaysia , 1 April 2012 -Pusat Islam Politeknik Melaka telah mengadakan satu Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Kesenian Islam Malaysia serta Kembara Masjid yang melibatkan penyertaan daripada kalangan pelajar PMK. Seramai 33 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring telah turut serta dalam program kali ini. Program ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan dimulai oleh taklimat ringkas daripada Penasihat Pusat Islam berkenaan dengan agenda lawatan. Bas bertolak daripada kamsis tepat jam 7.45 pagi.

 

 

 

Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara MasjidLawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara MasjidLawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara Masjid

 

Bas tiba di destinasi lawatan pada jam 10.30 pagi dan program lawatan ini telah dimulakan pada jam 11 pagi. Semasa sesi taklimat, para pelajar telah dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan disediakan bantuan seorang pemandu bagi setiap kumpulan. Para pelajar telah dibawa untuk melawat ke semua galeri-galeri pameran yang disediakan. Terdapat 13 galeri kesemuanya yang terdiri daripada Galeri Khas 1 yang menempatkan model-model binaan masjid dari Asia Tengah, Asia Tenggra dan Asia Barat, Galeri Al-Qur`an dan Manuskrip, Galeri India, Galeri China, Galeri Dunia Melayu, Galeri Barang Kemas, Galeri Senjata dan Perisai, Galeri Tekstil, Galeri Kerja Kayu dan Gaya Hidup, Galeri Kerja Logam, Galeri Seramik, Galeri Mata Wang dan Cop Mohor serta pameran istimewa berkenaan khazanah Muzium Aga khan di Galeri Khas 2.
Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara MasjidLawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara MasjidLawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara Masjid

 

Program Kembara Masjid dimulai dengan menunaikan solat fardhu Zohor di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya kembara masjid terus menjejak Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya yang sebelum ini digelar sebagai Masjid Besi ekoran seni binanya yang banyak menggunapakai besi sebagai material utama binaan. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% bahan binaan manakala selebihnya adalah konkrit. Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China. Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Para pelajar sempat merasai udara segar yang berlegar dalam ruang masjid yang tidak berdinding seketika beriktikaf di masjid ini.
Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara Masjid
Lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kembara Masjid
Penutup Kembara Masjid disudahi dengan melihat pemandangan petang di sekitar perkarangan Masjid Putra, Putrajaya yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara daripada Masjid Besi. Masjid ini dinamakan sempena nama Perdana  Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Masjid ini merupakan simbolik dan salah satu mercu tanda utama Putrajaya.  Kedudukan Masjid Putra yang terletak bersebelahan dengan Perdana Putra iaitu pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya menjadikannya satu lokasi persinggahan yang strategik. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi oleh tasik Putrajaya dan ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di permukaan tasik.                     Selesai Kembara Masjid, bas bertolak pulang ke PMK daripada Putrajaya pada jam 5.45 petang dan sampai di kamsis pada pukul 7.45 petang. Program ini secara tidak langsung telah berjaya memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai bidang ilmu, khususnya yang berkaitan dengan kesenian Islam melalui skruktur dan seni bina Islam. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai objektif sebagaimana yang telah ditetapkan dan memberikan pengalaman baru kepada pelajar melalui proses pembelajaran di luar bilik kuliah.

Imbas QR Code di atas untuk memuat turun Buku Pelan Stategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, Buku Rangka Kerja TVET 4.0,  Buku Informasi Politeknik 2018, Buku Informasi Kolej Komuniti 2018 dan Buku Laporan Tahunan JPPKK.

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

09292251
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3969
16116
53969
9129149
230776
379524
9292251

Your IP: 10.24.1.254
2019-09-18 04:42
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email