Trendy:

Melaka, 6 March 2009 - Jabatan Kejuruteraan Awam bersama unit kaunseling yang diwakili Cik Nurul Mulia bte Ismail telah menganjurkan satu program bertemakan Motivasi Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik Serta Anugerah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam bertempat di Auditorium Masjid al-azim, Melaka.  Tujuan utama program ini ialah untuk membentuk sahsiah diri serta menjana kecemerlangan akademik selaras dengan hasrat PKM melahirkan modal insan yang berkualiti.

Image
 

Pelbagai pengisian diperoleh pelajar yang hadir pada program tersebut. Berbeza dengan tajuk dalam program motivasi anjuran Jabatan Kejuretaan Awam sebelum ini, sidang ilmu 1 membicarakan tentang " Berfikir Diluar Kotak Pemikiran" yang dikendalikan oleh Encik Jahiri Bin Ahmad. Selaras dengan hasrat PKM bagi menyediakan modal insan yang boleh mengadaptasi diri dengan perkembangan teknologi dan berdaya saing di peringkat global, pelajar seharusnya didedahkan dengan amalan berfikir diluar kotak pemikiran. Dalam motivasi tersebut, pelajar telah didedahkan dengan maksud dan bagaimana cara untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan tidak berfikir secara sempit. Sidang ilmu 2 pula membicarakan tentang tajuk "Teknik Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Dan Kritis dan telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Azmi Bin Mat Shah.Pemikiran secara kreatif merupakan kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai manakala pemikiran kritis bermaksud kecekapan dan keupayaan menggunakan minda supaya dapat menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,kesahan mahupun kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menggunakan alasan serta bukti yang munasabah.Ceramah motivasi tersebut juga diselitkan dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda pelajar. Antara perkara yang dimuatkan dalam ceramah motivasi tersebut adalah tayangan multimedia serta aktiviti yang melibatkan para pelajar. Bagi mengetahui tahap kreatif seseorang, penceramah telah membuat satu aktiviti di mana beliau telah memberi sehelai kertas A4 kepada setiap pelajar dan kemudiannya meminta pelajar menggunting kertas tersebut untuk menghasilkan satu bentuk yang menarik mengikut idea masing-masing, hasilnya ada diantara pelajar yang berjaya membuat satu bentuk yang menarik sehingga mendapat pujian daripada penceramah.

Image Image

Image

Selain itu, penyampaian Anugerah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam sesi Julai 2008 turut diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Seramai 45 orang telah menerima anugerah tersebut dimana semester 1 seramai 24 orang, semester 2 seramai 4 orang dan semester 4 seramai 17 orang. Penerima anugerah pelajar terbaik Jabatan Kejuruteraan Awam semester 1 sesi Julai 2008 disandang oleh Siti Aisyah Binti Abdul Rasid, semester 2 disandang oleh Mohd Kidrul Am Bin Mahir Anuar manakala semester 4 disandang oleh Sharifah Salwa Binti Sayed Mokdar. Penerima Anugerah Kepimpinan Jabatan Kejuruteraan Awam sesi Julai 2008 disandang oleh Norsalwanie Bte Zahari manakala anugerah kecemerlangan pelajar disandang oleh Sharifah Salwa Binti Sayed Mokdar.

Penerima Anugerah Kepimpinan                     Penerima Anugerah Kecemerlangan &
JKA                                                                  Pelajar Terbaik JKA semester 4   
Image Image

Pelajar Terbaik JKA semester 2                      Pelajar Terbaik JKA semester 1
Image Image

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Puan Halimah Binti Mat Desa dalam ucapannya menyatakan beliau amat berpuas hati dengan kehadiran dan penglibatan pelajar dalam program motivasi kali ini, beliau berharap semua pelajar di dalam dewan tersebut boleh mencapai kedudukan Anugerah Ketua Jabatan. Beliau juga menekankan isu disiplin dikalangan pelajar dan menegaskan supaya pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam tidak mempunyai masalah disiplin. Dalam menghasilkan pelajar cemerlang, beliau menyatakan peranan pensyarah sangat penting walaupun dibebani tugas-tugas lain. Selain itu, beliau menasihati pelajar berusaha dengan lebih gigih agar mencapai kedudukan Anugerah Ketua Jabatan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

ImageImage

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12657971
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4211
12103
4211
12568008
78564
474455
12657971

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 09:38
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email