Trendy:

Disediakan oleh Zuharyati bt Yusof

 

PKM 19 September 2007 – Kelab Nasyid dengan kerjasama Biro Kerohanian & Moral, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Audition Nasyid dan Tilawah al-Qur’anul Karim bagi musim kedua. Seramai 30 pelajar telah mengambil bahagian dalam audition tersebut. Pengarah Politeknik Kota, Melaka, Dr. Arshad bin Kassim dalam ucapan Perasmian Penutup Audition mengatakan bahawa walaupun penyertaan pelajar dalam audition pada sesi ini tidak ramai berbanding pada sesi Januari lepas iaitu seramai 80 orang pelajar menyertai Audition Nasyid dan Tilawah, tetapi kualiti setiap penyertaan itu mestilah diambil kira daripada kuantiti atau jumlah penyertaan.

 

 

 


Image
Image

 

 

 

 

Selain dapat mengeratkan lagi tali silaturrahin dan mendalami ilmu tarannum serta seni suara, matlamat audition ini dianjurkan adalah untuk mengenalpasti bakat-bakat baru bagi mewakili Politeknik Kota dalam Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Qur’an.

Antara juri hakim yang terlibat dalam menjayakan audition kali ini ialah Us. Mohd Rosdi bin Ripin, Us. Wan Mohd Tarmizi bin Wan Othman, Us. Mohd Nazim bin Zakaria, Ustazah Zuharyati Yusof, Puan Zaihasra binti Rukiman dan Saudara Muhammad Fadzli bin Abdul Wahab. Seramai 60 orang pelajar termasuk penasihat dan JPP telah dijemput berbuka puasa sempena Majlis Penutupan Audition Nasyid dan Tilawah Al-Qur’anul Karim di Dewan Serbaguna, PKM.

Image
Image

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12658527
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4767
12103
4767
12568008
79120
474455
12658527

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 10:53
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email