Trendy:

Disediakan oleh Ahmad Syukri Mohamed Yunus

 

PKM 6 Oktober 2007 - Politeknik Kota, Melaka telah menganjurkan Marasim Al-Iftar Bersama Datuk Hj. Yaakub Bin Md. Amin di Dewan Serbaguna Politeknik Kota Melaka. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Negeri Melaka Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Kota Melaka telah merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dr. Arshad Bin Kassim, Pengarah Politeknik Kota, Melaka dan isteri, Tn. Hj. Shamsudin Abdullah, Timbalan Pengarah PKM, Jawatankuasa Penasihat PKM, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit, tetamu jemputan dan staf PKM.

 


Image

 


Marasim Al-Iftar adalah daripada Bahasa Arab dan ianya memberi maksud Majlis Berbuka Puasa. Sementara itu, Dr. Arshad Bin Kassim dalam ucapan alu-aluannya berterima kasih kepada Datuk Hj. Yaakub di atas kesudiaan untuk merasmikan Marasim Al-Iftar dan juga di atas sumbangan yang tidak ternilai kepada PKM selama ini.

 


ImageImage

 

ImageImage
ImageImage
 
Dalam ucapannya, Datuk Hj. Yaakub menyeru warga Politeknik agar menginsafi nikmat keamanan, kestabilan ekonomi dan kemakmuran dikecapi oleh negara kita sekarang dan sentiasa berusaha untuk mengekalkannya. Umat Islam diseru mengambil iktibar insiden kekacauan yang berlaku di negara-negara lain yang sudah pastinya menganggu aktiviti seharian mereka. Selain daripada itu, beliau juga menyeru para pelajar agar fokus dengan pelajaran dan sentiasa berusaha untuk meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Beliau juga amat berbangga dengan pelajar PKM yang begitu aktif dalam penglibatan dan penganjuran aktiviti-aktiviti di peringkat politeknik, negeri mahupun kebangsaan.

 

 

 

Di majlis itu juga, beliau menyampaikan sijil penghargaan dan sumbangan kepada anak-anak Staf PKM. Penghargaan diberikan kepada 3 orang anak staf PKM, Puan Marina Abu Bakar, yang telah mengharumkan Melaka dan mencipta nama dalam Malaysia Book of Records apabila menamatkan renangan merentasi Selat Utara pada awal September lepas. Penyerahan sumbangan pula diberikan kepada 6 orang anak yatim piatu, iaitu anak-anak Arwah Mohamad Kassim Bin Nordin, yang merupakan staf PKM yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal 2007 yang lalu.

Marasim Al-Iftar berakhir dengan Majlis taqarrub selepas Solat Terawih yang disampaikan oleh Ustaz Fahim Bin Rabbani dari Universiti Multimedia Melaka. Ahli Jawatankuasa Marasim Al-Iftar adalah terdiri daripada penasihat dan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota, Melaka.

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12658198
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4438
12103
4438
12568008
78791
474455
12658198

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 10:09
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email