8 Januari, Universiti Putra Malaysia - Satu Program Lawatan oleh para pelajar semester akhir Program DKM 6A dan 6B ke Universiti Putra Malaysia, Selangor telah diadakan pada 7 Januari 2014. Bas bertolak pada pukul 7.45 pagi dari politeknik Melaka dan sampai ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UPM pada pukul 10.00 pagi. Para pelajar terus dibawa ke dewan utama Fakulti Kejuruteraan.
Para pelajar telah disambut oleh Prof. Madya (K) Dr Othman Innayatullah Ketua HEP Jabatan Kejuruteraan Mekanikal UPM dan En. Shaharudin iaitui Pegawai Makmal UPM. Program ‘Further Study Talks’ yang telah disampaikan oleh Prof. Madya (K) Dr Othman Innayatullah. Bermula dengan kata-kata aluan taklimat disampaikan dengan pengenalan kepada sejarah ringkas UPM, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan para pelajar telah ditayangkan video korporat UPM. Selepas ceramah disusuli oleh sesi soal jawab bersama penceramah serta lawatan ke bengkel dan makmal.
Â
Jumaat, 7 Feb. Jawatankuasa Komersilan politeknik telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bomba dan Penyelamat (Cawangan Kubu) dan juga Jabatan Pertahanan Awam Melaka. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menjalankan tinjauan pasaran bagi produk troli pengangkut enjin bot sangkut. Di dalam tinjauan ini didapati kedua-dua agensi memberi output yang positif. Mereka menerima baik produk yang diperkenalkan ini.
Di samping itu daripada sesi ini juga, didapati kerjasama dan kolaborasi antara agensi boleh dilaksanakan kelak. Dengan kewujudan perkongsian pintar ini dapat membantu dan bermanfaat untuk kesemua agensi terlibat dalam melicinkan proses operasi masing-masing. Dengan titik tolak daripada perbincangan ini juga, dapat membuka ruang kepada produk-produk pmk untuk dikomersilkan. Secara tidak langsung membuka peluang kepada pelajar dan juga staf menjadi usahawan yang berjaya suatu masa nanti.
© 2019 Politeknik Melaka
 Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta Politeknik Melaka, No 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim , 75250, Melaka. Tel:06-3376000 Faks: 06-3376007 |
 Sebarang pertanyaan berkaitan portalpmk emelkan kepada : webmaster [@]polimelaka.edu.my. Untuk mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan resolusi 1024 x 768 dan Mozilla, Google Chrome dan ke atas.Paparan terbaik ie adalah ie 11 ke atas.