Trendy:

20 Disember 2013 Kuantan – Satu program kerja amal “ Hantaran Spersalinan “ telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Skuad Prihatin PMK Kuantan Pahang Darul Makmur. Skuad Prihatin ini dianggotai seramai 20 staf PMK, iaitu staf akademik dan staf sokongan dibantu oleh 30 orang pelajar JKA dan JKM. Objektif program ini adalah untuk membantu mangsa bencana alam banjir dan memupukkan sifat-sifat murni di kalangan warga PMK. Di samping itu, terdapat juga sesi pemberian pakaian-pakaian terpakai kepada mangsa-mangsa banjir.


Skuad Prihatin PMK ini telah bertolak ke Kuantan pada jam 12.00 tengah malam/pagi dan tiba di perkarangan Kampung Sungai Isap pada pukul 7.30 pagi. Kerja-kerja amal ini bermula tepat pada pukul 8.00 pagi setelah taklimat pendek diberikan oleh staf PMK iaitu Encik Mohd Farizzal, Pegawai MPK iaitu Encik Rahim Bin Muda dan AJK KRT Sungai Isap Kuantan, Encik Jamil. Untuk pengetahuan umum, program kerja amal ini telah disokong kuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan AJK KRT Sungai Isap Kuantan. Terdapat banyak politeknik lain yang turut turun padang membantu meringankan benban mangsa banjir, tetapi Skuad Prihatin PMK adalah merupakan Politeknik pertama yang melakukan kerja sukarelawan ini secara rasmi, iaitu memaklumkan dan memohon kebenaran ke pada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menjalankan program murni ini.


Skuad Prihatin PMK telah berjaya membersihkan sebuah pondok Rukun Tetangga Sungai Isap dan 3 buah rumah di kawasan KRT Sungai Isap, Kuantan, Pahang. Segala niat murni untuk mencuci rumah, membersihkan, kawasan terlibat telah dilaksanakan hantaran baju terpakai juga telah diserahkan kepada AJK KRT Sungai Isap Kuantan. Program Kerja Amal ini telah tamat pada pukul 5.00 petang dan bertolak pulang ke Melaka tepat pada pukul 6.00 petang.
Skuad Prihatin PMK memperolehi banyak kenangan dan pengalaman dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang tidak dapat diluahkan diruangan ini, namun ia akan tetap kekal tersemat di sanubari. Pengalaman yang diperolehi sukar ditukarganti dan program sebegini wajar dilaksanakan dengan lebih meluas.
Segala kerjasama yang diberikan samada secara langsung dan tidak langsung amatlah dihargai. Akhir kata staf dan pelajar PMK terlibat telah memberikan khidmat terbaik sepanjang program ini berlangsung.

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14922193
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7476
9823
7476
14836562
309745
418940
14922193

Your IP: 10.24.1.254
2020-11-29 19:02
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email