Trendy:

 


Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Melaka berperanan untuk memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan mekanikal kepada pelajar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan berdaya saing. Jabatan ini menawarkan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) yang melibatkan kursus-kursus umum, teras dan elektif dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Mata pelajaran teras kejuruteraan mekanikal yang dikelolakan jabatan ini. 

Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal bagi mendedahkan pelajar pada alam pekerjaan yang sebenar. Dengan pengetahuan asas yang kuat dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta pengalaman dalam menjalani amali, para pelajar diharapkan dapat berkhidmat dan memberi sumbangan berguna dalam bidang yang diceburinya apabila tamat pengajian kelak. Di samping itu, pelajar berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma awam atau swasta bagi melengkapkan sesi pengajian mereka di politeknik.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah diantara empat jabatan akademik induk di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai satu pasukan yang terdiri daripada pensyarah dan kaitangan yang bekerjasana untuk memajukan jabatan dalam mencapai matlamat untuk mengahasilkan tebnaga kerja separa profesional yang berkualiti, inovatif dan berketerampilan dalam bidang kejuruteraan mekanikal seiring dengan pembangunan negara.

 

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11230357
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4066
11315
45084
11101238
208160
364695
11230357

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-19 11:08
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email