Trendy:

Disediakan oleh Noor Irliana

Kuala Lumpur, 13 hingga 15 Disember 2010 - Kearah meluaskan pengetahuan  dan ilmu bidang tujahan Politeknik Melaka iaitu IBS (Industrialized Building System), enam orang pensyarah JKA telah menghadiri kursus selama tiga hari di Hotel Maytower Kuala Lumpur dan Pusat Sistem Binaan Berindustri CIDB Malaysia.  Kursus ini dianjurkan oleh CIDB Malaysia bagi memberi  pendedahan kepada para pensyarah IPT khususnya politeknik dalam meningkatkan penekanan silibus IBS dalam latihan teknikal institusi pengajian Negara. Kursus ini telah dihadiri seramai 29 peserta merangkumi semua wakil politeknik yang menawarkan program diploma  kejuruteraan awam.

Sepanjang kursus dijalankan, penekanan yang diberi menjurus kepada pengenalan dan aplikasi IBS dalam industri pembinaan Negara. Penekanan baru juga disertakan dalam kursus ini iaitu sistem MC atau lebih dikenali sebagai MODULAR COORDINATION yang sinonim dengan bidang arkitek.  Selain itu, kursus juga memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengiraan score IBS yang dipraktikan dalam penentuan pengunaan IBS dalam pembinaan.  Aktiviti lawatan ke pusat IBS turut dijalankan bagi mendekatkan para peserta dengan teknologi IBS yang ada di Malaysia kini.

Diakhir kursus ini, para peserta ditauliahkan dengan dua sijil professional iaitu sijil Module IBS 01 dan sijil Module IBS 02. Secara keseluruhanya, kursus ini telah Berjaya membawa para peserta meningkatkan pengetahuan  teknikal dalam bidang IBS. Diharapkan kursus  sebegini akan diteruskan ke arah  memperkasakan bidang tujahan PMK.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12657933
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4173
12103
4173
12568008
78526
474455
12657933

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 09:32
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email