Trendy:

Diesediakan oleh Ahmad Syukri Mohamed Yunus

 

Image

 

PMK, 14 Dis. 2010 ‚Äď ‚ÄėDerma Darah Badan Sihat‚Äô. Satu program derma darah telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar yang bertempat di Pusat Pelajar, Politeknik Melaka.

 

 

 

 

 

ImageImage

 

 

ImageImage

 

 

ImageImage

 

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang mendapat sambutan hangat kerana seramai 133 orang pelajar termasuk kakitangan Politeknik Melaka yang telah menderma darah. Sebagai cenderahati dan penghargaan, pihak penganjur telah memberikan sehelai tuala kepada mereka yang menderma. Seramai 19 orang kakitangan dari Pusat Darah Melaka yang telah datang untuk bertugas bagi menjayakan program tersebut.

 

 

ImageImage

 

 

ImageImage

 

 

ImageImage

 

 

Menurut kajian, pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama. Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Selain itu, penderma darah boleh berasa lebih tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik selepas itu. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
 

 

 

ImageImage

 

 

ImageImage

 

Menurut Pn. Ati Arini Salim, Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar PMK, program ini bukanlah pertama kali diadakan tetapi telah menjadi program utama untuk aktiviti pelajar pada setiap semester. Marilah kita sama-sama menderma darah setiap kali program ini diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12658924
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5164
12103
5164
12568008
79517
474455
12658924

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 11:45
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email