Trendy:

 

Written by NORSHIMAH BT ARIFFIN

ImageImage

Melaka, 1 April 2010 - Tepat jam 10.30 pagi semalam, Politeknik Kota Melaka menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Dato' Imran Idris, En.Mohamed Isa Azhari dan  En.Wan Zulkifli Wan Zakaria dari  Bahagian Pembangunan Dan Kebajikan Pelajar serta En.Zakaria Abu Bakar Pegawai Khas Dato'.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kamsis terutama dalam soal menjaga kebajikan pelajar.

Ketibaan Dato' KP telah disambut mesra oleh pengarah dan para pegawainya yang turut mengiringi Dato' meninjau keadaan sekeliling PKM, bilik-bilik kuliah dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang kebetulan berada di dalam bilik kuliah yang dikunjunginya.

ImageImage

ImageImage

Dalam waktu yang sama, satu pembentangan ringkas mengenai laporan kewangan pihak koperasi juga telah dikemukakan oleh Pn. Noriah Mohsin selaku Pengerusi Koperasi , memberikan khabar gembira buat Dato' yang berpuashati dengan prestasi kedudukan kewangan mereka.

Image

Keprihatinan dan kesungguhan Dato'KP terserlah apabila sanggup turun padang melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana kehidupan para pelajar di kamsis. Bilik demi bilik dikunjungi bagi memastikan tiada sebarang kesulitan terhadap kemudahan yang disediakan.

ImageImage

ImageImage

"Walaupun PKM tidak sebesar politeknik yang lain dari segi pengurusan, kawasan dan pelajarnya, keupayaan PKM dan Kamsis menjaga kebajikan serta keselesaan pelajar untuk belajar dan menginap harus dipuji kerana ia setanding dengan politeknik yang lain" menurut Dato' KP.

Sehubungan itu, dalam
surat penghargaan yang diterima pagi tadi daripada pihak Jabatan Pengajian Politeknik , mereka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengarah serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kamsis Politeknik Kota Melaka di atas kejayaan dan komitmen yang ditunjukkan dalam menguruskan kamsis dan kebajikan seramai 750 orang pelajar.

ImageImage

Tahniah warga Politeknik Kota Melaka!! Berkat usaha, pengorbanan dan komitmen ia akhirnya membuahkan hasil.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12658438
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4678
12103
4678
12568008
79031
474455
12658438

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 10:40
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email