Trendy:

Disediakan oleh MOHD SAIFUL BIN TAMBY

 

PKM, 20 November 2007- Pensyarah bukan sahaja bertindak sebagai pendidik bahkan turut menjadi kaunselor yang berkesan khususnya kepada para pelajar. Oleh kerana itu , Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Kota Melaka telah menganjurkan Kursus Kemahiran Kaunseling Penasihat Akademik (Modul 1) pada 12 hingga 14 November 2007 lalu. Kursus Kemahiran Kaunseling Penasihat Akademik (Modul 1) yang telah diadakan di Hotel Bayview Melaka selama 3 hari ini dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah Politeknik Kota, Melaka. Rata-rata daripada kalangan para peserta ini telah memberi kerjasama yang baik di sepanjang kursus ini berlangsung.


Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Kota Melaka juga telah menjemput Tuan Haji Hushim Bin Haji Salleh, seorang kaunselor berpengalaman bagi mempertingkatkan kemahiran para pensyarah dalam bidang kaunseling. Sebagai mana menurut Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan, PKM, ‚Äúseseorang pensyarah itu perlulah versatile dan mempunyai kemahiran yang pelbagai, selari dengan visi dan misi Politeknik Kota Melaka sendiri‚ÄĚ.

Kursus ini telah berakhir dengan jayanya dan kebanyakan peserta berharap agar kursus yang serupa dapat diadakan sekali lagi kerana modulnya yang menarik dan berguna untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

 

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12658659
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4899
12103
4899
12568008
79252
474455
12658659

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 11:12
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email