Trendy:

Disediakan oleh MOHD SAIFUL BIN TAMBY

 

PKM, 30 September 2007 - Perlaksanaan 100% Pengajaran & Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di politeknik akan bermula tahun 2008. Oleh itu, sebagai persiapan awal bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan staf Politeknik Kota Melaka (PKM), Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) dan Jabatan Pengajian Am, PKM telah menganjurkan kursus Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal Dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI) fasa 3 bagi Kumpulan 2 yang bermula pada 28 September 2007 dan berakhir pada 30 September 2007 yang bertempat di PKM sendiri.

 

Kursus PPSMTI Fasa 3 bagi kumpulan 2 ini telah dihadiri seramai 17 orang peserta yang terdiri dari kalangan staf PKM sendiri. Bahkan, kursus ini juga telah dikendalikan oleh tenaga pengajar bahasa inggeris terlatih iaitu Ms. Ng Shi Ing, pensyarah dari Kolej Komuniti Ledang, Johor dan juga Ms. Yeo Li Min, pensyarah dari Jabatan Pengajian Am, PKM sendiri. Antara modul yang diajar dalam kursus ini ialah "Introduction/communicative Activities", "Macro Teaching & Lesson Plan (INPUT)", "Materials Design (INPUT)" dan lain-lain. Modul ini lebih menerapkan konsep pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa inggeris.

Kursus yang berakhir dengan jayanya pada 30 September 2007 ini, antara lain diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pensyarah sejajar dengan matlamat pendidikan negara. Seperti mana menurut Ms. Ng Shi Ing, Pelatih PPMSTI fasa 3 kumpulan 2 ini, kebanyakan tenaga pengajar PKM mempunyai potensi yang membanggakan dalam menguasai bahasa Inggeris.

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

12658308
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4548
12103
4548
12568008
78901
474455
12658308

Your IP: 10.24.1.254
2020-06-07 10:25
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email