Trendy:

Sumber : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

29 Disember 2017, Politeknik Melaka  Pada 16 Disember 2017 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya Sesi Temuduga Calon Pelajar Sukarelawan Siswa IPT Sempena Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia (YSS) Siri 2/2017 di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.  Seramai 18 calon terdiri dari ahli Civil Engineering Students Affairs Club (CESAC) telah menjalani sesi temuduga tersebut.  Sesi bermula jam 9.00 pagi hingga 8.30 malam. Objektif misi ini adalah untuk melahirkan Pemimpin Mahasiawa diperingkat Global selain dari meningkatkan lagi kemahiran insaniah pelajar itu sendiri dan membantu masyarakat dunia yang memerlukan. Ianya melibatkan pelbagai calon dari latarbelakang pendidikan yang berbeza, iaitu Universiti Awam, Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru.  Pelbagai pendedahan yang telah diperolehi sepanjang sesi temuduga tersebut secara langsung ianya dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar CESAC untuk berkomunikasi dengan pihak luar yang lebih hebat.  Calon yang berjaya akan melibatkan secara langsung Misi Misi Sukarelawan Siswa YSS bagi tahun 2018.  Sesi temuduga ini telah diiringi oleh Puan Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff selaku Pegawai Sukarelawan Politeknik Melaka. Diharapkan ada calon yang berjaya dipilih sebagai sukarelawan pada kali ini seperti bekas ahli CESAC yang telah mewakili Politeknik Melaka ke Misi YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign 2015 Vietnam selama sebulan.



 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14571383
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
12284
11453
36677
14432384
377875
378826
14571383

Your IP: 10.24.1.254
2020-10-27 18:15
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email