20 Disember 2013 Kuantan – Satu program kerja amal “ Hantaran Spersalinan “ telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Skuad Prihatin PMK Kuantan Pahang Darul Makmur. Skuad Prihatin ini dianggotai seramai 20 staf PMK, iaitu staf akademik dan staf sokongan dibantu oleh 30 orang pelajar JKA dan JKM. Objektif program ini adalah untuk membantu mangsa bencana alam banjir dan memupukkan sifat-sifat murni di kalangan warga PMK. Di samping itu, terdapat juga sesi pemberian pakaian-pakaian terpakai kepada mangsa-mangsa banjir.
Skuad Prihatin PMK ini telah bertolak ke Kuantan pada jam 12.00 tengah malam/pagi dan tiba di perkarangan Kampung Sungai Isap pada pukul 7.30 pagi. Kerja-kerja amal ini bermula tepat pada pukul 8.00 pagi setelah taklimat pendek diberikan oleh staf PMK iaitu Encik Mohd Farizzal, Pegawai MPK iaitu Encik Rahim Bin Muda dan AJK KRT Sungai Isap Kuantan, Encik Jamil. Untuk pengetahuan umum, program kerja amal ini telah disokong kuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan AJK KRT Sungai Isap Kuantan. Terdapat banyak politeknik lain yang turut turun padang membantu meringankan benban mangsa banjir, tetapi Skuad Prihatin PMK adalah merupakan Politeknik pertama yang melakukan kerja sukarelawan ini secara rasmi, iaitu memaklumkan dan memohon kebenaran ke pada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menjalankan program murni ini.
21 Nov, AYER KEROH – Satu program “team building” sebagai menggantikan perhimpunan bulanan bagi bulan November 2013 telah diadakan. Jabatan Perdagangan (JP) selaku pihak penganjur mengambil peluang sempena cuti semester untuk menagadakan program “outdoor” bagi semua staf.
Program diadakan di Taman Rekreasi Ayer Keroh bermula jam 9 pagi dengan aktiviti pemanas badan yang dipanggil “ Raound Rabbit”. Semua staf yang terlibat kelihatan terhibur dengan aktiviti tersebut. Yang paling “best”, pengarah pun “join” sekali.
Read more: BERITA PROGRAM “TEAM BUILDING” STAF POLITEKNIK MELAKA
© 2019 Politeknik Melaka
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta Politeknik Melaka, No 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim , 75250, Melaka. Tel:06-3376000 Faks: 06-3376007 |
Sebarang pertanyaan berkaitan portalpmk emelkan kepada : webmaster [@]polimelaka.edu.my. Untuk mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan resolusi 1024 x 768 dan Mozilla, Google Chrome dan ke atas.Paparan terbaik ie adalah ie 11 ke atas.