• KPI 100%
Trendy:

18 Februari 2010, PKM - Seramai 400 orang jemputan terdiri daripada pelajar dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Kota, Melaka telah menghadiri satu Majlis Perhimpunan Dan Anugerah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota, Melaka yang telah diadakan di Dataran PKM.

 

Majlis Perhimpunan Dan Anugerah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Dalam majlis tersebut, seramai 75 orang penerima Anugerah Senarai Ketua Jabatan yang terdiri daripada 51 orang pelajar program Diploma dan 24 orang pelajar program Sijil telah menerima sijil masing-masing. Majlis tersebut diadakan diperingkat jabatan dan dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan awam di mana jawatankuasanya terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan awam dan dibantu oleh En. Afham Zulhusmi Bin Ahmad, Cik Arni Rahida Bt. Abd Rafal dan Pn. Halimah Bt Mat Desa sebagai penasihat persatuan pelajar.

 

 

 

 

 

 

Maklumat mengenai anugerah yang diberi adalah seperti berikut;
Anugerah Senarai Ketua Jabatan  = Pelajar yang mendapat Purata Nilai Mata (PNM) melebihi 3.50 dalam peperiksaan semester

 


Aturcara majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan dituruti dengan ucapan Pengerusi persatuan pelajar, Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam. Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, En. Anuar Bin Nordin dalam ucapannya melahirkan rasa bangga diatas pencapaian Jabatan Kejuruteraan Awam yang mendapat peratus kelulusan 98% dalam peperiksaan akhir sesi Julai 2009 yang lalu. Beliau berharap prestasi tersebut dapat dikekalkan dan meningkat ke tahap 100%. Beliau juga menyeru supaya pelajar dapat memanfaatkan ilmu serta berdisiplin tinggi kerana mereka merupakan pelapis kepada kemajuan negara. Selain itu, beliau mencadangkan agar Jabatan Kejuruteraan Awam mewujudkan kumpulan inovasi, rekabentuk dan penyelidikan serta menyertai lebih banyak pertandingan. Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar pelajar dapat mengimarahkan surau dengan mengadakan lebih banyak aktiviti. Di akhir ucapan, beliau menasihati pelajar agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan pada masa akan datang. Beliau juga menyeru supaya pelajar lain menjadikan anugerah kecemerlangan tersebut sebagai penyuntik semangat untuk mereka mencapai kejayaan demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11761579
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4148
10874
42384
11611815
4148
386179
11761579

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-01 09:01
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email