Trendy:

POLITEKNIK MELAKA, 9 SEPTEMBER 2020 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan EXCO Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi Jun 2020 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Saudara Ikmal Danial Bin Suraiadi , pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam dilantik sebagai Yang Dipertua MPP bagi sesi Jun 2020.

    Watikah perlantikan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, En. Mohd Azamri bin Kandari. En.Mohd Azamri bin Kandari berkata, “MPP perlu menjadi lebih berinovasi didalam menjalankan program-program kepada pelajar yang dapat menampilkan diri siswazah, yang melambangkan intelek diri siswazah dalam memacu diri kearah TVET ”.

      Intipati ikrar Majlis Perwakilan Pelajar antaranya merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti selaras dengan kehendak Dasar Negara dan Politeknik , mengamalkan nilai – nilai murni selaras dengan keluhuran Prinsip Rukun Negara dan sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga Politeknik khasnya dan masyarakat di luar amnya . Serta menekankan pelan pendidikan tinggi lonjakan 1 iaitu menjadi mahasiswa yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

    Selain watikah pelantikan , beberapa MPP telah mengemukakan cadangan dan aduan yang di ambil dari program dialog pelajar bersama MPP, dimana cadangan dan aduan yang telah dikemukakan oleh pelajar politeknik melaka semasa dialog bersama pelajar tempoh hari.Aduan dan cadangan ini telah diterima dan dijawab secara profesional serta dibincangkan dengan lebih terperinci bersama pihak atasan.

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

14137004
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8580
11575
71446
13954882
322322
400598
14137004

Your IP: 10.24.1.254
2020-09-25 20:07
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email