• KPI 100%
Trendy:

Sumber: Zariyah binti Abdullah

10 Mac 2020 ‚Äď Program STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics) dilaksanakan di institusi dengan tujuan mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan kemahiran STEAM.

Program semakan semula pembangunan modul STEAM Algebra (Fasa 1) ini dijalankan bertujuan untuk berbincang dan menyemak semula hasil penulisan ketiga-tiga modul yang telah dihasilkan setakat ini oleh pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dengan kerjasama Pemerkasaan Kompetensi Akademik Siswa (PKAS), UKM. Untuk makluman, Program Lawatan Akademik ke Centre of STEM Enculturation, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan lawatan ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah dijalankan sebelum ini oleh JMSK. Disusuli dengan Bengkel Penulisan Modul STEAM Algebra yang diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2019 di Politeknik Melaka. Politeknik Melaka juga telah menandatangani perjanjian kerjasama antara PMK dan FKAB, UKM pada 14 Ogos 2019 yang lalu. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dalam proses menyiapkan 3 modul algebra yang berkonsepkan makanan, tempat dan permainan tradisional Negeri Melaka. Penghasilan modul ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Melaka sebagai negeri yang wajib untuk dilawati.

 

 

 

Untuk program lawatan kali ini, pihak FKAB akan menyemak dan memberi cadangan sekiranya ada penambahbaikan yang perlu dijalankan pada isi kandungan modul. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesalahan dan mencapai kata sepakat antara kedua-dua pihak sebelum modul dihantar untuk proses cetakan oleh PKAS, UKM. Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat dan Makmal Media FKAB, UKM dengan dihadiri oleh 10 orang penulis modul dari JMSK. Program dikendalikan oleh penceramah dari UKM iaitu Dr.Kalaivani A/P Chellappan.

 

Semoga usaha murni dalam pembangunan modul STEAM Algebra ini akan dapat memberi manfaat kepada pensyarah,  para pelajar dan masyarakat serta dapat mengeratkan lagi jalinan kolaborasi antara PMK dan FKAB, UKM.

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11793699
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
44
10715
74504
11611815
36268
386179
11793699

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-04 00:04
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email