Trendy:

Sumber : En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus

 

 

Tengkera, 02 Feb 2020 ‚Äď Inkubator Baiki HP (BEKKI PHONE), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Melaka dengan kerjasama ResQ Devices dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengkera telah mengadakan program khidmat komuniti (CSR) atau Social Innovation¬† (SI) TVET Smart Phone Repair.

 

 

Program yang telah dirasmikan oleh Puan Laila Binti Madon, Pengerusi Kelab Penggerak Wawasan Melaka (KPWM) melibatkan 15 orang peserta dalam komuniti Tengkera merupakan salah satu bentuk ‚ÄėTransfer Knowledge‚Äô daripada JKE PMK dan outreach politeknik sebagai institusi TVET rujukan dalam komuniti di negeri Melaka.

 

Program berbentuk sharing knowledge ini dikendalikan oleh fasilitator pelajar dari BEKKI PHONE dengan bantuan teknikal dari ResQ Devices yang merupakan syarikat dimiliki oleh alumni PMK. Peserta didedahkan pengetahuan asas berkenaan sejarah dan fungsi-fungsi handphone, alat diperlukan untuk membaiki, jenis-jenis kerosakan biasa dan cara pembaikan serta praktikal membuat penukaran alat ganti kepada kerosakan tertentu dalam handphone.

 

 

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tn. Haji Ts. Zahidi Bin Zamzuri berkata, program yang melibatkan fasilitator pelajar dari BEKKI HP ini merupakan kesinambungan beberapa siri CSR TVET JKE PMK kepada komuniti bertujuan membentuk sikap bertanggungjawab serta pengembangan kecemerlangan bakat para pelajar  bagi meningkatkan kemahiran insaniah mereka di samping mempromosikan sistem politeknik kepada masyarakat sekeliling. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prengerusi MPKK Tengkera, Saudara Ahmadsha bin Mohamed Ishaque yang sudi bekerjasama dengan JKE PMK dalam menjalankan aktiviti ini.

 

Inkubator Baiki HP atau dikenali sebagai BEKKI PHONE merupakan Inkubator di bawah Unit Keusahawanan PMK ditubuhkan akhir 2019 bertujuan melatih pelajar menjadi bakal usahawan dalam industri membaiki handphone agar mereka  mempunyai pilihan kerjaya apabila bergelar graduan nanti.

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11287803
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
13379
8713
13379
11185273
265606
364695
11287803

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 21:26
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email