• KPI 100%
Trendy:

Sumber : En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus 

 

Politeknik Melaka, 21 Januari 2020 ‚Äst Inkubator Aircond & Electrical (A&E), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Melaka telah memulakan¬† program CSR atau Social Innovation (SI) bagi Sesi Dis 2019 di empat komuniti berbeza iaitu di :

1) Surau Rumah Awam Pulau Gadong, Melaka pada 09 Januari 2020

2) Surau Rambai Idaman pada 11 Januari 2020

3) Surau NurHidayah, Limbongan, Melaka pada 17 Januari 2020

4) Surau Taman Asean 2, Melaka pada 18 Januari 2020

 

 

Program berbentuk SI ini amat sinonim dengan Electrical Engineering Students Society of Melaka Polytechnic (EESTEC) dan Inkubator A&E JKE Politeknik Melaka, selain dapat memberi peluang pelajar DJK PMK melaksanakan program khidmat bakti transfer knowledge kepada komuniti sekeliling dan membentuk sikap bertanggungjawab serta pengembangan kecemerlangan bakat para pelajar.

 

Program SI A&E dan EESTEC yang diketuai oleh En. Mohd Aly Rajaie Bin Halim selaku penyelaras Inkubator A&E PMK telah melaksanakan kerja-kerja seperti minor service pendingin hawa, kerja pendawaian kipas, servis pembesar suara dan gotong royong membersihkan surau tersebut. Program-program tersebut telah disertai oleh ahli Inkubator A&E dan pelajar DJK JKE PMK bersama ahli kariah madrasah tersebut. Secara umumnya, JK surau terlibat mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Politeknik Melaka yang telah membantu penduduk kampung bagi melaksanakan aktiviti ibadah dan keagamaan dengan lebih selesa.

 

Inkubator A&E Politeknik Melaka merupakan sebuah inkubator yang aktif bermula penghujung tahun 2016 sejak ianya ditubuhkan dan telah melaksanakan lebih 200 kerja-kerja luar sehingga kini. Para pelajar yang menyertai inkubator ini sangat komited dan tidak mustahil mereka semua mempunyai atribut kecemerlangan bakat yang serba boleh.

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11829089
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3147
10592
24325
11719195
71658
386179
11829089

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-07 07:35
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email