Trendy:

 

16. Januari 2020. - Seorang pensyarah dan 11 orang pelajar bidang Business English dari Politeknik Negeri Bengkalis singgah di PMK sebagai penutup kepada lawatan sambil belajar 4 hari di Malaysia dan 1 hari di Singapura. Jalinan kerjasama antara PMK dan POLBENG telah bermula sejak 2012 dan kini POLBENG kembali untuk menjalani aktiviti Bahasa Inggeris bersama kelab Bahasa Inggeris di mana pelajar DIploma POLBENG diperkenalkan kepada inovasi PMK iaitu, What Say You.  PMK juga telah memperbaharui dan menyambung tempoh kolaborasi dengan menandatangani Agreed Minutes Of Meeting (AMM) yang baru pada 2019 apabila Jabatan Kejuruteraan Awam PMK membuat lawatan dan pembentangan di Bengkalis hujung tahun lepas. . 

 

3 orang fasilitator kelab Bahasa Inggeris telah memperkenalkan permainan inovasi PMK buat kali pertama kepada pelajar POLBENG. Ini merupakan ruang untuk pelajar PMK untuk mengkukuhkan kemahiran berkomunikasi serta kemahiran generik yang melibatkan perancangan dan pengendalian aktiviti . Kelab Bahasa Inggeris akan membuat lawatan ke POLBENG pada September 2020 untuk menjalankan Kem Bahasa Inggeris di POLBENG untuk 80 pelajar serta bekerjasama dan melatih pelajar POLBENG untuk menjadi fasilitator Kem . Diharapkan Jabatan-Jabatan Induk PMK juga akan mengambil peluang untuk menjalani aktiviti bersama POLBENG bagi tahun 2020-2021.  

 

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11285234
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
10810
8713
10810
11185273
263037
364695
11285234

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 18:35
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email