• KPI 100%
Trendy:

 

 

Melaka,13 Januari 2019 (Isnin)- Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan satu program lawatan akademik¬† dan perkongsian ilmu iaitu program PPI iaitu ke projek naik taraf infrastruktur Bangunan Pusat perkhidmatan Industri Tenusu di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Merlimau, Melaka yang telah dijalankan di Jabatan Kerja Raya, Daerah Jasin dan lawatan tapak di Merlimau. Program ini telah disertai oleh 9 orang staf yang diketuai oleh En Hassan bin Ismail iaitu pensyarah yang mengajar kursus ‚ÄėProject management & Practices‚Äô (DCC5183) dan 27 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dari semesta 4 (DKA4C) yang bertujuan untuk mempelajari tentang ilmu pengurusan pembinaan di tapak bina. Sesi penerangan dan perkongsian ilmu ini telah disampaikan dengan sangat berkesan dan menarik oleh En.Nurzamani bin Husin iaitu Jurutera bangunan JKR Daerah Jasin.Sepanjang program, pelajar saling bekerjasama dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara yang dikongsikan.

 

Hasil daripada program lawatan sambil belajar, jelas terpancar kegembiraan di wajah pelajar apabila pihak JKR  serta pihak kontraktor berkongsi ilmu dan membawa para pelajar ke tapak binaan untuk dilawati. Komitmen yang tinggi diberikan oleh pelajar adalah sangat dihargai dan semoga program ini dapat  membantu para pelajar menimba pengalaman, terutamanya dalam bidang pembinaan.

 

Sesi perkongsian pengalaman dari pihak kontraktor.

 

Lawatan tapak di Merlimau.

 

Penghargaan dari pihak Politeknik Melaka kepada pihak JKR Daerah Jasin

 

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11866718
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6848
12226
61954
11719195
109287
386179
11866718

Your IP: 10.24.1.254
2020-04-10 14:22
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email