Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
      Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS 3.5

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

13 NOVEMBER 2019 ‚Äď Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang dalam sesebuah organisasi, kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya.

Dengan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Budaya Kerja Cemerlang kepada 64 orang staf sokongan bertempat di OutRec, Taman Botanikal Melaka bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada peserta dan seterusnya dapat meningkatkan komitmen dan penglibatan peserta dalam mewujudkan suasana harmoni di dalam organisasi yang dianggotai.

Outdoor Recreation  Training & Supplier telah dipilih untuk menjadi konsultan dan fasilitator bagi kursus kali ini.

Selepas minum pagi, kursus dimulakan dengan aktiviti kecedasan jasmani iaitu aktiviti senamrobik. Aktiviti diteruskan dengan Modul Ice Breaking dan Modul Brainstorming yang memerlukan peserta untuk menjadi lebih peka dan bagaimana peserta membuat dua kerja dalam satu masa.

Selepas peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, aktiviti seterusnya ialah Modul Obstacle dan Modul Explorace Team Work. Modul Obstacle menguji ketahanan mental dan fizikal peserta dimana peserta bergerak ke dalam hutan secara berkumpulan untuk aktiviti lasak dan merentasi air yang memerlukan kerjasama dan sikap bertanggungjawab dalam pasukan. Bagi Modul Explorace Team Work pula memerlukan komunikasi, keserasian, perbincangan dalam pasukan untuk menyelesaikan masalah.

Pada sebelah petang pula, aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kerjasama dan kesepakatan dalam kumpulan untuk menangani perbezaan pendapat dalam satu organisasi.

Kursus diakhiri dengan sesi penggulungan dan upacara penutup bagi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan sijil penyertaan kepada semua peserta. En. Mohd Ariffin Bin Aman selaku Timbalan Pengarah Politeknik Melaka telah dijemput untuk merasmikan Majlis Penutupan Kursus tersebut. Menurut En. Ariffin, dengan adanya kursus sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara staf dan sekiranya berpeluang mengadakan kursus sebegini lagi adalah lebih baik jika menggabungkan staf akademik dan juga sokongan untuk memantapkan lagi budaya kerja yang cemerlang untuk warga Politeknik Melaka.

Semoga peserta kursus dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta kesepaduan di kalangan peserta dan dapat memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran kepada peserta dalam menilai kekuatan dan kelemahan pasukan dan seterusnya membantu  pasukan ke arah kecemerlangan.

 Maklumat Pendaftaran siswa Baru Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

 Maklumat Pendaftaran siswa Senior Politeknik Melaka Sesi Jun 2020

 

klik di sini

Sekian, terima kasih.

 

Jabatan Pembanguan dan Hal Ehwal Pelajar

 

GARIS PANDUAN & HEBAHAN BERKAITAN PENULARAN COVID 19

 klik di sini

 

 

 

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

13110295
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1734
11211
1734
13022930
138747
392141
13110295

Your IP: 10.24.1.254
2020-07-12 03:51
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian Pengajian Tinggi Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email