Trendy:

7 November 2019,MELAKA - Jabatan Perdagangan telah menganjurkan bengkel Praktikal Perakaunan kepada 25 pelajar Diploma Akauntansi semester akhir yang hadir. Program ini adalah selaras dengan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di mana memberi nilai tambah kepada peserta. Jabatan Perdagangan komited untuk memberi ilmu dan kemahiran baru atau nilai tambah kepada pelajar agar dapat membantu mereka apabila pergi menjalani latihan industri dalam tempoh lima bulan dan menceburi dunia pekerjaan nanti.

Program ini meliputi tiga bahagian iaitu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dokumen perniagaan, menyediakan laporan kewangan menggunakan perisian perakaunan dan dunia kerjaya.

Peserta didedahkan pelbagai jenis dokumen perniagaan dan punca urusniaga terlibat termasuk konsep kawalan dalaman dokumen. Setelah itu, peserta perlu mengenalpasti dokumen perniagaan yang diberikan untuk melengkapkan rekod perakaunan dan menyediakan laporan kewangan. Pada sesi terakhir pula, peserta mengikuti sesi perkongsian ilmu berkaitan dunia pekerjaan dan tips yang berkaitan. Sesi akhir ini disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Husin, Partner AA Associates.

Oleh : Mohd Fauzi bin Abu Bakar

 

 

 

 

 

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11277073
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2649
8713
2649
11185273
254876
364695
11277073

Your IP: 10.24.1.254
2020-02-23 05:59
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email