Trendy:
Peta  Laman   Mengenai PMK
Soalan Lazim (FAQ)   Arkib
Dasar Privasi & Keselamatan   Sebutharga
e-Kursus Jangka Pendek   Sistem Pendaftaran Syarikat

 

 

Peta Laman Soalan Lazim
Program Kebolehpasaran Graduan  

 

Sistem 1L5G    

 

 

Sistem Dalam PMK

Sistem Pengurusan politeknik sistem document untuk warga PMK
sistem epergerakan untuk warga PMK sistem wifi PMK e-coaching & monitoring
  
Kursus Jangka Pendek PMK 
     

 

Sistem Luaran PMK 

Sistem tapisan kerajaan CGSO Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam Portal u-PUSTAKA Sistem E-Perolehan Kementeraian Kewangan Curriculum Information Document Online SystemCIDOS

  Sistem Pemantauan Pengurusan Aset Sumber Elektronik@PNM

 

Melaka, 24 September 2019 (Selasa) ‚Äď Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat pada 24 September 2019 bertempat di Politeknik Melaka. Kursus ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Kursus ini disertai oleh 39 orang pelajar Politeknik Melaka yang terdiri daripada para pelajar Semester Dua Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKA, JKM & JKE) yang mengambil kursus DUA2012-Sains Teknologi & Kejuruteraan dalam Islam. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang ilmu falak dan ilmu syarak yang berkaitan dengan arah kiblat serta meningkatkan kemahiran para pelajar tentang teknik-teknik menentukan arah kiblat bagi kegunaan ibadah solat.

 

Kursus ini dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk ‚ÄėIlmu Falak & Kaitannya dengan Ibadah‚Äô di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka. Sesi ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saifullah Bin Dimyati, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Melaka. Melalui ceramah ini, peserta dapat mengetahui tentang Ilmu Falak, cara penentuan waktu solat serta kaitan ilmu falak dengan ibadah dalam islam seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Setelah selesai sesi ceramah, diadakan pula sesi praktikal di Surau Ar-Raudah, Politeknik Melaka untuk memberi pendedahan kepada para pelajar menentukan arah kiblat menggunakan teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang betul. Sesi praktikal ini dikendalikan oleh tiga orang pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka iaitu: Ustaz Muhammad Saifullah Bin Dimyati, Encik Nor Nazmi Bin Razali dan Encik Mohd Adha Bin Jani. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan objektif kursus telah tercapai dengan jayanya. Secara tidak langsung, kursus ini telah berjaya memberi sedikit-sebanyak pengetahuan kepada para pelajar mengenai ilmu falak di samping para pelajar mendapat ilmu pengetahuan tentang kaedah penentuan arah kiblat bagi kegunaan ibadah solat.¬†

 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAAN AKHIR SESI JUN 2019 AKAN DIUMUMKAN PADA KETETAPAN BERIKUT

 

TARIKH : 30 NOVEMBER 2019

JAM: 9.00 PAGI

** PELAJAR YANG MENGHADAPI MASALAH UNTUK LOGIN KE SPMP, SILA BERHUBUNG DENGAN PA MASING-MASING.

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

10054732
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
8263
11766
61921
9905627
256154
345782
10054732

Your IP: 10.24.1.254
2019-11-21 16:03
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email