Trendy:

Sumber: Anis Nadhirah bint Muhamad Aiman Chai

 

 

Kerja Pembaikan dilakukan oleh Pelajar CESAC

Pelajar bertungku lumus melakukan penyelenggaraan di Masjid Tg Kling

 

24 Ogos 2019- Seramai 7 orang sukarelawan dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan 1 orang sukarelawan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Melaka (PMK) telah berjaya menjayakan program Social Innovation: Pembaikan Insfrastruktur @Masjid Tanjung Kling Melaka yang bertempat di Masjid Tanjung Kling, Km 10, Tanjung Kling,76400 Melaka. Masjid ini wajar diberi perhatian memandangkan ianya telah diiktiraf sebagai khazanah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Pengisian program adalah melibatkan kerja-kerja pembaikan bangunan seperti membaikpulih sistem perpaipan di tandas, menukar tombol pintu tandas, menambah selak pintu gelongsor masjid, menukar engsel pada rak Al- Quran, menghasilkan tempat penyangkut peralatan pembersihan dan menukar selak pintu tandas lelaki. Program ini juga merupakan sebuah program komuniti di bawah seliaan Puan Siti Salbiah binti Ahmad Shariff selaku Penasihat Kelab Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam. Semoga program yang dijalankan membawa manfaat kepada komuniti masjid dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab kita terhadap masyarakt setempat.

 

 

    Buletin PMK Edisi Jan-Jun 2019

Amanat KP JPPKK Tahun 2020

Senarai penuh video di Youtube Politeknik Melaka

 dan di Youtube POLITV SOUTHERN

11002498
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
863
10101
41685
10890081
344996
448044
11002498

Your IP: 10.24.1.254
2020-01-30 01:58
Laman hrmis Laman Hrmis Jabatan Pengajian Politeknik laman portal anm Laman MQA Laman CIDOS Sistem pengurusan politeknik Melaka Laman Portal MPC Laman portal rasmi JPA Laman 1mtc Laman Rasmi PTPTN Lembaga Hasil Dalam Negeri Kementerian pendidikan malaysia Bagian Ambilan Pelajar 1govuC Email